Setiap kali tibanya Pesta Kuih Bulan, bukan sahaja keenakan kuih yang menjadi perhatian, malah rekaan kotak hadiah yang tampil eksklusif dan kreatif turut menjadi buruan.

Tahun ini, W Kuala Lumpur membawa kelainan menerusi koleksi terbaharu yang menggabungkan elemen seni, reka bentuk dan gaya hidup, sekali gus membuktikan pembungkusan kuih bulan juga boleh mempunyai fungsi di luar musim perayaan.

Dikenali sebagai Skyline Series, koleksi ini diinspirasikan daripada keindahan panorama Kuala Lumpur yang berubah mengikut waktu.

Empat rekaan berbeza iaitu Urban Sunrise, Emerald Pulse, Midnight Ember dan Blush Horizon menggambarkan suasana bandar raya daripada cahaya pagi hinggalah ke rona malam menerusi kombinasi warna yang moden dan elegan.

Setiap kotak didatangkan bersama dua biji kuih bulan pilihan, menjadikannya pilihan sesuai untuk dijadikan hadiah atau koleksi peribadi.

Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang lebih istimewa, W Kuala Lumpur turut menawarkan Skyline Series X.O Ice Set yang menggabungkan dua kotak Skyline Series bersama X.O Ice Mooncakes.

Penggemar koleksi pula boleh mendapatkan Skyline Series Full Collection yang menghimpunkan keempat-empat rekaan eksklusif dalam satu set, sesuai dijadikan koleksi atau hadiah kepada insan tersayang.

Tidak cukup dengan itu, W Kuala Lumpur turut bekerjasama dengan FERN Batik menghasilkan koleksi edisi terhad Urban Daybreak.

Menampilkan sentuhan batik kontemporari yang diinspirasikan daripada siluet bangunan ikonik Kuala Lumpur, set ini didatangkan bersama sebuah kotak Skyline Series dengan dua X.O Ice Mooncakes.

Lebih menarik, pembungkusannya direka supaya boleh digayakan semula sebagai item fesyen, menjadikannya lebih daripada sekadar kotak kuih bulan, malah aksesori bergaya yang boleh terus digunakan selepas sambutan Pesta Kuih Bulan berakhir.

Turut diperkenalkan ialah Crimson Glow Collection, set hadiah premium yang menampilkan empat biji kuih bulan pilihan dalam pembungkusan elegan, sesuai dijadikan buah tangan kepada keluarga, sahabat mahupun rakan perniagaan sempena musim perayaan.

Dari segi pilihan rasa, restoran YEN menawarkan gabungan kuih bulan tradisional dan moden seperti Mixed Nuts with YEN’s Golden Duck Meat, Maruchi Sea Salt Chocolate with Macadamia Nuts, Pure Lotus with Double Yolk, Pandan Lotus Single Yolk dan Red Bean with Aged Mandarin Peel.

Turut mencuri perhatian ialah siri X.O Ice Mooncakes yang diinspirasikan daripada tekstur lembut gelato Itali dengan kandungan gula yang lebih rendah, tersedia dalam pilihan perisa seperti Open Sesame, Mango Goes Coco, La Vie en Pink dan Kings Don’t Lie.

Koleksi kuih bulan W Kuala Lumpur ditawarkan pada harga bermula daripada RM158+ hingga RM498+, bergantung kepada koleksi yang dipilih.

Edisi kolaborasi Urban Daybreak x FERN Batik pula ditawarkan pada harga RM208+, manakala Crimson Glow Collection berharga RM288+. Tempahan awal dibuka bermula 10 Julai 2026, dengan koleksi boleh diambil mulai 10 Ogos 2026.

Orang ramai juga boleh melihat sendiri koleksi ini di Aras 8, W Kuala Lumpur bermula 15 Julai 2026. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, hubungi W Kuala Lumpur di +6012-326 7488 atau layari platform tempahan Oddle dan SevenRooms.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah