Dengan menyatukan tradisi dan inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CBTL) ingin menjemput rakyat Malaysia untuk mencuba rangkaian Make Pumpkin Magic dan perisa Mexico melalui Single Origin Espresso baharunya!
Ketua Pemasaran & Inovasi CBTL, Fiona Rodrigues berkata, “Susulan musim panas yang luar biasa, kami sangat teruja untuk membuka tirai musim baharu dengan rangkaian minuman baharu yang mengujakan! Ia mencerminkan komitmen kami untuk mewujudkan pengalaman kopi yang luar biasa, yang bukan sahaja memenuhi selera anda tetapi juga membawa anda ke ‘destinasi perisa’ yang unik. Kami berazam menjadikan setiap cawan kopi kami sebagai sumber inspirasi, baik melalui ‘aroma musim luruh’ ataupun Single Origin Espresso baharu kami yang eksotik.”
‘Aroma Musim Luruh’ dalam Setiap Teguk
Terokai ‘aroma musim luruh’ dalam secawan kopi dengan Pumpkin Spice Ice Blended, yang menyatukan labu serta krim yang lazat, kopi bru campuran ais ikonik kami, dan ais. Minuman istimewa ini (RM17.90 kecil, RM19.90 biasa) adalah gabungan sempurna antara kemanisan dan suntikan kafein yang menjanjikan tenaga sepanjang hari. Selain itu, nikmatilah juga Pumpkin Cream Cold Brew Coffee (RM15.00 kecil, RM16.00 biasa) yang menyatukan kopi bru sejuk dengan krim vanila. Teksturnya yang halus serta kemanisan labu mencipta satu ‘simfoni perisa’ yang pasti akan membuat anda mengidamkan lebih banyak lagi! Ingin merasai kopi yang kuat dengan sentuhan musim luruh? Pumpkin Spice Macchiato wajib dicuba! (RM16.90 kecil, RM18.90 biasa). Ia membawakan keseimbangan yang sempurna antara espresso dan susu berkrim bagi memberikan nikmat kopi yang menyegarkan.
Padankan minuman-minuman ini dengan ChocoNut Bagel, Chicken Pesto pasta, Pistachio & Raspberry cake, atau Earl of Choc Tea Cake untuk rasa hidangan musim luruh yang lengkap. Untuk nikmat yang berlebihan, cubalah Pumpkin Cream bun dan Pumpkin Spice Tart kami!



Sambutan bermusim dan promosi hebat sememangnya berpisah tiada! Sempena sambutan Hari Malaysia ini, anda boleh menikmati mana-mana Pumpkin Spice Beverage 16oz pada hanya RM16.00 dari 15 hingga 18 September 2023.
Selain itu, Pumpkin Spice Beverage 12oz boleh dinikmati secara percuma antara 22 hingga 30 September 2023 apabila anda membuat tambah nilai minimum RM120 untuk kad TCB anda!
Terokai Kekayaan Perisa Mexico dengan Single Origin Espresso Baharu
Bagi pencinta kopi yang menghayati pengalaman kopi yang asli dan eksotik, CBTL telah menyajikan Single Origin Espresso baharu yang menampilkan Mexico Vista Estrella yang unik. Biji kopi ini yang berasal dari wilayah Huatusco, Veracruz, Mexico menonjolkan kemahiran kopi yang terunggul!
Alamilah perisa Mexico Vista Estrella yang berani dengan Gibraltar Americano (RM11.60) bagi meneroka ciri keunikan kopi ini! Sebagai alternatif, anda juga boleh menikmati Gibraltar Latte (RM14.60) yang menggabungkan susu kukus yang lemak berkrim dengan suntikan espresso yang berani. Peminat kopi yang pekat dan kuat pula boleh mencuba Ristretto (RM9.60) yang menyerlahkan keunikan profil Mexico Vista Estrella, yang pasti akan meninggalkan sensasi yang sukar dilupakan!
Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my