Kopi dan oren mungkin bukan pasangan yang terus terlintas di fikiran, tetapi Tealive nampaknya mahu mengubah tanggapan itu.
Bersempena musim Formula 1 dan Hari Kopi Antarabangsa, jenama tempatan itu memperkenalkan siri Orange Coffee, menampilkan dua minuman baharu iaitu Orange Americano dan Orange Latte.
Lebih menarik, kedua-duanya bukan sekadar kopi yang ditambah perisa oren. Campuran biji kopi yang digunakan datang dari Yunnan, Ethiopia dan Sumatera, menghasilkan profil rasa yang bergerak daripada nota buah kepada kekacang.
Bila kopi bertemu sitrus
Bagi yang biasa menikmati Americano atau latte klasik, Orange Coffee hadir dengan rasa yang sedikit berbeza.Orange Americano menggabungkan kopi dengan jus oren manis, menghasilkan rasa yang lebih segar dengan keasidan semula jadi serta nota buah.
Sementara itu, Orange Latte membawa gabungan espresso, jus oren dan susu untuk tekstur yang lebih berkrim.
Asas kopinya pula menggunakan campuran 60 peratus biji kopi Yunnan, 20 peratus Arabica tanah tinggi Ethiopia dan 20 peratus Mandheling dari Sumatera. Setiap satu memberikan karakter tersendiri sebelum digabungkan menjadi satu profil rasa yang lebih kompleks.

Hasilnya ialah sesuatu yang sedikit di luar kebiasaan, sesuai untuk mereka yang sudah lama dengan kopi biasa dan mahu mencuba kombinasi yang lebih eksperimental.
Secawan kopi dengan sedikit suasana perlumbaan
Pelancaran Orange Coffee ini turut hadir bersama suasana Formula 1 apabila Tealive membuka pop-up di SIC Mall dari 2 hingga 4 Oktober, bersempena perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.
Ada juga sedikit koleksi untuk dibawa pulang. Pelanggan yang membeli mana-mana dua minuman Orange Coffee di pop-up tersebut sepanjang perlumbaan F1 berpeluang menerima cenderamata Tealive edisi terhad, sementara stok masih ada.

Untuk yang tidak ke Sepang, Orange Coffee tetap boleh dicuba di cawangan Tealive di seluruh negara.
Siri ini boleh dibeli bermula 1Oktober hingga 29 Oktober 2026, menjadikannya minuman bermusim yang agak singkat untuk mereka yang mahu mencuba gabungan kopi dan sitrus ini.
Jadi, jika anda mahukan sesuatu yang berbeza daripada Tealive, jangan lupa singgah di mana-mana cawangan berdekatan.

