Moxy Putrajaya menawarkan pengalaman hujung minggu yang lebih menyelerakan dengan Bufet Makan Malam ‘Eat-Chew Weekend’ yang berwajah baharu di Restoran Three.6.5, menggabungkan pelbagai hidangan kegemaran tempatan serta sajian fusion dengan keunikan gaya Moxy yang tersendiri.



Diadakan secara eksklusif pada setiap Jumaat dan Sabtu, Eat-Chew Weekend sesuai untuk mereka yang ingin melupakan urusan kerja sambil menikmati percutian hujung minggu yang menceriakan. Sama ada untuk percutian singkat atau sekadar berkumpul sambil menikmati hidangan lazat bersama keluarga, tetamu boleh menghayati kemeriahan suasana Moxy Putrajaya sambil meneroka pelbagai sajian enak yang sesuai dinikmati bersama.


Bufet berwajah baharu yang dipimpin oleh Chef Jimmy bersama pasukan kulinari beliau ini, menawarkan pengalaman menjamu selera yang menarik kepada tetamu, dengan pelbagai pilihan hidangan daripada makanan laut segar dan sushi hingga kepada sajian kegemaran Asia serta stesen masakan secara langsung. Antara yang menjadi tarikan utama ialah stesen Seafood on Ice yang menyajikan udang harimau, kekapis dan kupang, Sushi & Sashimi Corner, Sup Daging Berempah Corner, serta sajian berinspirasikan Asia seperti Moxy Ayam Gunting, Signature Moxy Fried Rice dan Lobster Masak Lemak. Tetamu juga boleh menikmati pelbagai pilihan istimewa seperti Maggie Wagyu Beef Sukiya, Carving Station dan Moxy Grill Cart, yang pasti menambahkan lagi kemeriahan pengalaman menjamu selera pada hujung minggu.


