Fenomena K-Pop bukanlah sesuatu yang asing lagi di seluruh dunia. Selain filem, muzik dan TV, makanan Korea juga menjadi idaman ramai penduduk seluruh dunia.
Warga Malaysia juga tidak terkecuali dari pengaruh budaya ini. Tidak hairan jika terdapat banyak restoran Korea di seluruh Malaysia.
Antara yang mencuri perhatian adalah Dae Ga yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Ia merupakan sebuah restoran Korea premium yang menyajikan aneka hidangan asli Korea yang mesra-Muslim dan menggunakan daging halal pada harga yang sangat berpatutan.
Sungguhpun mula dibuka pada Disember 2022, nampaknya ia bakal menjadi makin tersohor kerana konsep daging bakarnya yang unik dan daging yang mereka gunakan berstatus halal. Ini telah mengundang ramai pelanggan beragama Islam untuk mengunjungi premis ini dan menikmati aneka sajian yang ada.
Ia menawarkan ajnas hidangan Korea asli dengan pelbagai cara masakan. Selain daging terdapat juga sayuran serta makanan laut umpama udang, ayam dan sebagainya.
Antara menu yang wajib dicuba sudah tentulah daging lembu, kambing dan ayam yang dibakar di depan mata di atas meja pelanggan! Selain itu, lempeng sayuran, makanan laut dan juga sayur kimchi semestinya menjadi pujaan ramai.
Menu mereka juga menghidangkan mi Ramen yang memang sinonim dengan makanan Korea.
Tidak ketinggalan juga minuman segar dan lazat selain pencuci mulut yang menyegarkan.
Malah menu yang dinyatakan di sini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada sajian yang ditawarkan di restoran ini.
Di samping rekaan dalaman dan luaran bangunannya yang menarik, perkhidmatan yang diberikan juga sangat cekap dan pantas. Ini merupakan sesuatu yang sering diutamakan oleh setiap orang yang berkunjung ke restoran ini.
Istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia terdapat pelbagai promosi yang harus direbut pelanggan.
Jadi, sekiranya anda peminat makanan Korea dan berpeluang ke kawasan Damansara di Petaling Jaya pastikan anda mencuba aneka hidangan di restoran ini. Kami yakin anda akan sentiasa mencari alasan untuk kembali lagi.
Hubungi akaun Instagram Dae Ga Malaysia untuk tempahan.