7-Eleven Malaysia dengan sukacitanya meraikan ulang tahun Aplikasi My7E yang berlangsung pada 8 Ogos. Sebagai penghormatan terhadap pencapaian yang penting ini, 7-Eleven bersedia untuk berkongsi kepada lebih kurang 1.8 juta ahli mereka di Aplikasi My7E dengan pelbagai promosi dan ganjaran menarik, memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelanggan setia mereka.

“Pelanggan kami adalah penting dalam setiap perancangan yang akan kami lakukan, dan perayaan ulang tahun Aplikasi My7E adalah kesempatan yang sempurna untuk menunjukkan penghargaan kami terhadap sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan,” kata Chin Hor Wai, Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia.

Semasa sambutan ulang tahun ini berlangsung, ahli Aplikasi My7E dapat menikmati pelbagai tawaran e-voucher, tawaran beli e-stamps, dan banyak lagi. Mereka akan dapat menikmati lebih 100 Tawaran e-Voucher, menawarkan diskaun sehingga 50% untuk pelbagai produk termasuk Susu Dutch Lady Juicy, Coklat Hershey’s Bar, Mi Sedap, rangkaian minuman Ribena, rangkaian minuman Lipton, snek Mr Potato, Chipsmore, Coca-Cola, Nescafe, rangkaian Vitamin C Boots, dan banyak lagi. Tawaran produk berubah setiap minggu. Tambahan pula, mereka boleh menikmati Cawan Marvel percuma untuk setiap pengumpulan 7 e-Stamps dengan mendapatkan 1 e-Stamp untuk pembelian RM15 ke atas, mengumpul 3 e-Stamps untuk menebus produk 7-Eleven yang dipilih secara percuma, dan menerima produk terpilih percuma dengan pengumpulan 6 e-Stamps. Promosi ini terdapat untuk pelbagai jenama produk 7-Eleven, termasuk Rangkaian Makanan Ringan, Rangkaian Sandwic, Rangkaian Kopi Panas, Rangkaian Kopi Sejuk, Rangkaian Onigiri, dan Slurpee.

Selain itu, ahli baru Aplikasi My7E akan diberikan tawaran hebat – 300 mata percuma apabila mereka mendaftar. Promosi bulan ulang tahun, ganjaran gaya hidup, ganjaran mata tiga kali ganda untuk produk Jenama 7-Eleven, faedah keahlian seumur hidup, dan banyak lagi kejutan terdapat dalam aplikasi untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan.

“Sebagai ahli setia Aplikasi My7E sejak pelancarannya, saya telah menikmati penjimatan dan ganjaran yang luar biasa dari pembelian saya. Aplikasi ini secara konsisten menawarkan nilai yang hebat, membolehkan saya mengumpul mata dengan setiap transaksi dan menebus mata tersebut untuk mendapatkan diskaun semasa hendak membuat pembayaran. Dengan sambutan ulang tahun aplikasi My7E, saya sangat gembira untuk menikmati pelbagai ganjaran dan promosi yang telah disediakan,” kata Nur Amirah, ahli Aplikasi My7E.

Untuk maklumat lanjut dan mengakses Aplikasi My7E, layari pautan https://onelink.to/99uskh atau imbas kod QR di bawah dan nikmatilah promosi dan ganjaran yang tidak terkira ini.

Share:
,
You may also like
Latest Posts from Travellah