Sempena bulan Ramadan pada kali ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) melancarkan menu terbaru mereka iaitu “Ayam Kilau” yang mana sesuai dinikmati ketika berbuka puasa. Sehingga 21 Mei 2023, set ” Ayam Kilau” boleh dipesan dalam 3 set yang berbeza dimana ianya boleh dinikmati seorang atau bersama keluarga dan rakan taulan.
Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan. Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd mengakui bahawa setiap kaum di Malaysia memiliki cara masak yang unik dan tradisional. “Kami teruja kerana dapat mengeluarkan menu baharu sempena bulan Ramadan dan Hari Raya serta menjemput semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat baik tua ataupun muda untuk mencuba menu terbaru kami”
The Chicken Rice Shop sentiasa menitikberatkan citarasa para pelanggan dengan menyediakan pelbagai jenis menu yang bersesuaian dengan setiap perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya sentiasa dapat dinikmati dan menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com
atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/