Resort World Genting mengalu-alukan sahabat handai dan seisi keluarga untuk meraikan Ramadan ini dengan pengalaman gastronomi 6,000 kaki dari paras laut!

Tahun ini tempat peranginan ini fokus untuk mengembalikan nostalgia hidangan klasik Melayu,yang sentiasa memikat cita rasa orang ramai sejak dulu lagi.

Justeru itu, bagi yang tercari-carikan hidangan menarik dan memukau untuk berbuka puasa di bulan mulia Ramadhan ini, ‘Jom Makan @ Awana’, ‘Jom Makan @ SkyAvenue’, ‘Medan Selera’, dan lain-lain menjadi lokasi sempurna untuk anda menikmatinya!

Tapi apa yang istimewa di sana? Jom ketahui lebih lanjut.

Jom Makan Awana @ Resorts World Awana

Ini adalah tempat yang sesuai untuk berehat di malam Ramadhan anda dengan hidangan bufet Ramadhan yang kami hasilkan dengan teliti.

Di samping pembuka selera yang sangat lazat, anda boleh menikmati gabungan ‘kambing bakar,’ ‘sup aneka,’ ‘rendang tok’ yang lazat dan bermutu tinggi, dan banyak lagi! Dilengkapi dengan pelbagai jenis minuman yang menyegarkan, anda pasti akan berpuas hati dan berasa segar sepanjang Ramadhan!

Bufet berharga RM128 (Dewasa) dan RM70 (Kanak-kanak) dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam.

Jom Makan @ Tingkat 4, SkyAvenue

Untuk menikmati hidangan kulinari yang tiada tandingannya, ‘Set Nasi Tomato’ di Jom Makan kini akan menjadi set tambahan yang utama dan menarik, khas untuk Ramadan ini.

Pengunjung dapat menikmati hidangan yang bersaiz besar yang dilengkapi dengan kurma dan seketul ayam berperisa tradisional seperti ayam masak merah, ayam goreng berempah atau ayam panggang madu serta segelas minuman yang menyegarkan.

Anda boleh menikmatinya dengan hanya RM32 sahaja bagi setiap orang. Set ini akan tersedia setiap hari bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam.

Medan Selera @ Tingkat G, SkyAvenue

Pastikan anda singgah di Medan Selera untuk menikmati hidangan ‘Setalam Ramadan’ apabila berada di sini. Seperti namanya yang unik, hidangan ini merangkumi pelbagai juadah tradisional Melayu seperti tilapia bakar dengan sambal, ikan keli masak lemak cili padi, kerabu selun, dan banyak lagi yang disajikan di dalam dulang.

Hidangan ini dilengkapkan dengan segelas teh lemon ais dan pencuci mulut yang menyegarkan!

Set untuk 2 orang ini berharga RM59 dan mula dijual pada jam 5:00 petang hingga 9:00 malam, setiap hari.

The Olive @ Lobi, Genting Grand

Nikmati pengalaman kulinari yang penuh inspirasi sehingga penghujung April ini! Chef kami akan menghidangkan set makanan istimewa yang merangkumi tradisi Melayu tercinta dari seluruh Malaysia, seperti nasi tomato dengan ayam masak merah, jelatah timun, papadom, dalcha kambing dan minuman yang menyegarkan.

Sebagai alternatif, tetamu juga boleh memilih hidangan istimewa kami yang kedua iaitu nasi minyak. Hidangan ini disertakan dengan ayam percik, acar timun, dalcha kambing serta minuman lazat yang menghilangkan dahaga.

Semua set berharga RM68, dan boleh didapati setiap hari dari 23 Mac hingga 30 April, dari jam 5:00 petang hingga 11:00 malam.

The Bakery @ Lobi, Genting Grand

Pelanggan juga boleh singgah ke The Bakery dan menikmati ‘Probably the BEST Nasi Lemak’ di Genting jika mereka penggemar menu ini. Makanan yang dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia ini akan turut disajikan dengan buah kurma, air sirap bandung.

Boleh didapati sehingga 30 April dan dijual pada harga RM20 untuk setiap set. Selain itu, anda juga boleh memilih hidangan ‘Kombo Bihun Bungkus’ yang turut disertakan dengan air sirap bandung dan buah kurma.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah