Sambutan ulang tahun ke-10 K Fry tahun ini hadir dengan sesuatu yang lebih menarik daripada sekadar promosi dan hadiah.
Bersempena pencapaian sedekad dalam dunia makanan Korea di Malaysia, restoran itu memperkenalkan Spicy Sweet Seafood Feast, menu bermusim yang diinspirasikan daripada hidangan Korea popular, Jjukkumi.
Bagi penggemar rasa pedas yang seimbang dengan sentuhan manis, menu ini menawarkan beberapa pilihan yang sukar dilepaskan.
Antaranya ialah Spicy Jjukkumi Beef Sizzle, gabungan sotong kurita, udang dan hirisan daging shabu-shabu yang dimasak bersama pes cili Korea yang pekat dan kaya rasa. Setiap suapan memberikan kombinasi rasa pedas, manis dan umami yang cukup memuaskan.

Turut menjadi perhatian ialah Spicy Jjukkumi Sizzle, yang mengetengahkan lebih banyak elemen makanan laut, serta Spicy Jjukkumi Tteokbokki yang menggabungkan kek beras Korea, ramen dan sotong kurita dalam kuah pedas manis yang menyelerakan.

Menu-menu ini sesuai dinikmati secara perkongsian, selari dengan budaya makan Korea yang menekankan pengalaman makan bersama.
Untuk melengkapkan hidangan, pelanggan boleh mencuba Pandan Paradise Bingsoo, pencuci mulut berinspirasikan rasa tempatan yang memberikan kelegaan selepas menikmati makanan pedas. Minuman Bada Lychee Sparkling pula menawarkan kesegaran laici yang ringan dan bergelembung.


Menariknya, pelancaran menu ini berlangsung serentak dengan sambutan ulang tahun ke-10 K Fry yang menawarkan beberapa ganjaran kepada pelanggan, termasuk peluang memenangi hadiah menerusi Golden Ticket bagi pembelian tertentu.
Namun bagi kaki makan, tarikan sebenar pastinya terletak pada peluang menikmati menu baharu yang membawa gabungan rasa Korea yang berani dengan elemen yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Selepas 10 tahun bertapak di negara ini, Spicy Sweet Seafood Feast membuktikan bahawa makanan Korea masih terus digemari ramai dan rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan.

