Garrett Popcorn Shops® Malaysia telah melancarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang dinanti-nantikan, atas permintaan popular oleh peminat Garrett di seluruh Malaysia.
Lance Chody, Ketua Pegawai Eksekutif Garrett Popcorn Shops® mengumumkan pelancaran perkhidmatan #GarrettDeliveryMY yang memberi akses kepada rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara untuk menikmati Garrett Popcorn dalam keselesaan kediaman mereka.
Stephanie Chu, Pengurus Operasi Garrett Popcorn berkata, “Walaupun usia jenama Garrett lebih dari 70 tahun, pasukan kami tidak pernah berhenti belajar dan prihatin terhadap maklumbalas para peminat kami. Kami amat gembira melancarkan perkhidmatan #GarrettDeliveryMY baru kami ke seluruh negara agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati saat-saat kebahagiaan dengan Garrett apabila snek kegemaran mereka dihantar terus ke depan pintu mereka … atau apabila mereka ingin memberi kejutan istimewa kepada orang kesayangan mereka yang jauh dari pangkuan.”
Perkhidmatan ini meluaskan jangkauan penghantaran Garrett Popcorn di luar Lembah Klang, kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Pesanan #GarrettDeliveryMY boleh dibuat melalui nombor WhatsApp: 018 2531966 antara pukul 10 pagi dan 8 malam setiap hari.
Resipi Garrett Signature yang tersedia untuk dipesan termasuk: CaramelCrisp™, CheeseCorn, Almond CaramelCrisp™, Macadamia CaramelCrisp™, Buttery, Plain dan “Chicago Mix®” yang terkenal – gabungan CaramelCrisp™ dan CheeseCorn yang sedap.
Garrett Popcorn Shops® berdedikasi untuk menghasilkan bertih jagung ‘gourmet’ terbaik dengan kesenian tangan sejak tahun 1949. Dengan hanya menggunakan bahan asli dan berkualiti tinggi, setiap kelompok kecil Garrett® diletup segar dengan udara panas sepanjang hari, dan setiap bertih jagung disaluti dengan resipi rahsia keluarga Garrett dalam cerek tembaga turun-temurun.
Garrett Popcorn Shops® disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Garrett Popcorn Shops®, lawati ttp://garrettpopcorn.com.my atau cari Garrett Popcorn Shops® di Facebook https://www.facebook.com/GarrettPopcornMY atau Instagram @garrettpopcorn_malaysia. Untuk membuat pesanan #GarrettDeliveryMY, WhatsApp 018 2531966 (10 pagi hingga 8 malam setiap hari)