Percutian musim sejuk mempunyai tarikannya yang tersendiri. Melihat kota diselubungi salji, berjalan menyusuri jalan-jalan kecil di Eropah atau menikmati suasana dingin di Jepun dan Korea pastinya menjadi antara pengalaman yang dinanti-nantikan pengembara.

Namun, sebelum berangkat, ada satu perkara yang tidak kurang penting untuk diberikan perhatian iaitu pemilihan pakaian. Berdepan cuaca sejuk memerlukan persediaan berbeza, terutama apabila kita mahu kekal selesa sepanjang hari tanpa mengabaikan soal gaya.

Rahsianya terletak pada teknik layering atau pemakaian berlapis. Selain membantu menyesuaikan penampilan mengikut perubahan suhu, teknik ini juga memberikan lebih banyak pilihan untuk menghasilkan gaya berbeza sepanjang percutian.

Bagi mereka yang sedang menyusun winter wardrobe, koleksi Holiday 2026 daripada Levi’s menerusi kempen terbaharunya, Let’s Get Fuzzy, boleh dijadikan inspirasi untuk tampil santai dan bergaya ketika meneroka destinasi pilihan.

Bermain Dengan Tekstur Dan Lapisan

Antara perkara menarik dalam pemilihan pakaian musim sejuk ialah peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai tekstur. Gabungan baju sejuk, kardigan dan jaket luar bukan sahaja memberikan dimensi kepada penampilan, malah membolehkan kita menyesuaikan pakaian mengikut suasana.

Levi’s mengetengahkan rangkaian pakaian rajut untuk lelaki dan wanita dalam koleksi kali ini. Antaranya Kardigan Charlotte Crewneck dan Charlotte Pointelle Crewneck untuk wanita, manakala lelaki boleh memilih Presidio Crew, Aurue Short Puffer dan Jackson Worker.

Charlotte Pointelle Crewneck

Aurue Short Puffer

Pilihan seperti Dry Goods Relaxed Henley dan Poppy Quilted Puffer turut memberikan variasi kepada gaya santai yang mudah disesuaikan dengan aktiviti percutian.

Denim Tetap Menjadi Pilihan

Walaupun baju sejuk dan jaket sering menjadi tumpuan apabila bercakap tentang fesyen musim sejuk, denim tetap mempunyai tempat tersendiri dalam almari pengembara.

Mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian, jeans boleh menjadi asas kepada penampilan yang ringkas tetapi menarik. Koleksi Levi’s kali ini menampilkan beberapa potongan ikonik termasuk 501® Loose, 578™ Baggy, Ribcage Flare, Wide Leg dan Loose Taper.

Setiap potongan memberikan karakter berbeza, sama ada untuk mereka yang gemarkan gaya kasual, siluet lebih longgar atau penampilan klasik yang tidak lapuk ditelan zaman.

Padankan jeans bersama baju sejuk kegemaran dan jaket trucker untuk penampilan santai ketika meneroka kota. Untuk gaya lebih menarik, tambahkan aksesori seperti topi atau beg kecil yang melengkapkan keseluruhan penampilan.

Utamakan Keselesaan Sepanjang Perjalanan

Satu perkara yang sering dilupakan ketika mengemas pakaian untuk bercuti ialah memilih helaian yang mudah dipadankan antara satu sama lain. Kita tidak semestinya memerlukan terlalu banyak pakaian untuk menghasilkan gaya berbeza sepanjang perjalanan.

Jaket korduroi, flanel, pakaian termal dan fleece antara pilihan yang boleh dipertimbangkan ketika menyusun pakaian untuk destinasi bercuaca sejuk. Namun, pastikan pakaian yang dipilih bersesuaian dengan suhu destinasi dan lapisan perlindungan tambahan diperlukan jika berdepan cuaca yang lebih ekstrem.

Kempen Let’s Get Fuzzy turut memperlihatkan bagaimana Levi’s meraikan kehangatan melalui tekstur lembut, gaya berlapis dan ekspresi peribadi. Ia diterjemahkan menerusi sebuah dunia imaginasi yang unik dengan kehadiran Fuzzyeti, watak luar biasa yang membawa mesej tentang penerimaan dan kebersamaan.

Dilancarkan mulai 3 November 2026, koleksi Holiday 2026 Levi’s boleh didapati menerusi laman web rasmi Levi’s di Levi.com.my serta butik-butik jenama itu di seluruh negara.

Bagi mereka yang mahu memberikan sentuhan lebih peribadi, perkhidmatan Levi’s Tailor Shop turut menawarkan pilihan kustomisasi di beberapa lokasi terpilih termasuk Suria KLCC, Mid Valley Megamall, Pavilion Kuala Lumpur, The Exchange TRX, East Coast Mall dan Suria Sabah.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah