Kempen Salam Taiwan adalah salah satu usaha yang diambil oleh pihak pelancongan negara Taiwan untuk menggalakkan kemasukan pelancongan yang beragama Islam ke nagara mereka. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan pembukaan beberapa restoran yang mesra Muslim.
Berikut adalah 7 restoran yang mesra Muslim di Taiwan:
Restoran Fried Chicken Master
Taiwan terkenal dengan hidangan ayam goreng yang sedap dan Fried Chicken Master adalah satu satunya restoran makanan segera yang mendapat pensijilan halal di cawangan terpilih mereka. Terkenal dengan kerangupan ayam goreng yang penuh rasa, restoran ini menjadi pilihan wajib untuk warga tempatan dan pelancong asing. Sila buat semakan terlebih dahulu sebelum memesan makanan anda dari pekerja mereka yang terlatih.
Restoren Mouna
Terletak di pusat bandar Taipei, Restoran Mouna adalah restoran masakan Maghribi yang diusahakan oleh pemiliknya sendiri yang bernama Mouna yang berasal dari Maghribi. Berkahwin dengan warga tempatan, restoran ini dibuka untuk memudahkan pelancong Islam untuk mendapatkan makanan halal. Antara menu yang terdapat di Restoran Mouna adalah Nasi Mandy Ayam dan Kambing, serta hummus yang dimakan bersama roti arab.
Restoran Ala Hong Kong Fully Belly, Yilan
Terletak di dalam Pusat Seni Traditional Kebangsaan, restoran Full Belly satu satunya restoran yang menyajikan makanan Halal di situ. Pelbagai pilihan makanan Halal tersedia seperti Nasi Udang Periuk Tanah Liat dan Nasi Daging Periuk Tanah Liat.
Restoran Yuan Ting Fresh Seafood – Su’ao
Terletak di bandar persisir laut Su’ao, restoran Yuan Ting menyajikan pelbagai makanan laut segar yang pastinya membuat pelanggan terliur. Antara menu yang wajib dicuba adalah hidangan sashimi, serta pelbagai jenis masakan ketam dan udang.
Restoran Fresh Cuisine
Restoran mesra Muslim ini terletak di pusat bandar Taipei menyajikan pelbagai jenis makanan tradisi Taiwan. Pelbagai pilihan tersedia yang berasaskan ayam, udang, ikan dan sebagainya. Menu dumpling adalah menu yang patut dicuba.
Restoran Turki Safranbolu
Restoran Turki ini dimiliki oleh keluarga berbangsa Turki yang menetap di Taiwan. Untuk peminat masakan Timur Tengah, Turki khususnya, restoran ini adalah lokasi wajib untuk anda kunjungi.
Restoran Chang’s Beef Noodles
Trip anda ke Taiwan tidak lengkap sekiranya tidak mencuba mee sup daging. Chang’s Beef Noodles adalah lokasi wajib untuk anda kunjungi. Menarik dengan restoran ini adalah minya dibuat sendiri serta sup daging yang direneh lama membuatkannya menjadi lebih lazat dan penuh rasa.