Kuih-muih tradisional sememangnya membuka selera. Hidangan ini boleh dijadikan pemanis mulut dalam banyak acara. Namun, bukan semua tahu cara-cara untuk menyediakannya.

Jika anda tercari-cari resipi kuih talam yang mudah untuk disediakan, silalah cuba resepi daripada Ayam Brand ini. Boleh jadikan hidangan minum petang di hujung minggu ini.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:

  • 30 gram tepung beras
  • 30 gram tepung jagung
  • 50 ml air
  • 250 ml Santan Ayam Brand
  • 2 helai daun pandan
  • ¼ sudu teh garam

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

  • 300 gram jagung Ayam Brand
  • 250ml santan Ayam Brand
  • 100 gram gula pasir
  • 50 gram tepung jagung
  • ½ sudu teh perasa vanilla
  • ½ sudu teh garam

Cara Memasak:

Lapisan bawah:

  1. Kisar jagung dengan santan dan tapis.
  2. Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati.
  3. Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak.
  4. Kukus lebih kurang 10 minit.

Lapisan atas:

  1. Panaskan santan dengan daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih.
  2. Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis.
  3. Tuangkan campuran ke dalam acuan.
  4. Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak.
  5. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan. Jika suka, boleh juga disimpan di dalam peti ais terlebih dahulu.

Selamat menjamu selera!

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *