Restoran makanan segera kegemaran ramai, KFC tampil dengan seleksi hidangan memikat selera sempena meraikan Ramadan dan raya tahun ini. Setiap tahun, pasti ada kelainan yang dipersembahkan, dan pada 2023 ini KFC mengangkat menu ala Arab yang sedap menjilat jari.
Jadi, bersiap sedialah untuk menikmati rasa baharu dicipta menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat dengan KFC Arabian Spice Crunch baharu.
Dengan Arabian Spice Crunch, KFC membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy pilihan ramai.
Biarpun paduan rempah-ratus ini mencetuskan rasa yang agak ‘tajam’, namun ia cukup aromatik, mewah dengan rasa. Ada pedas, manis, dan salai (smoky), dan pasti ia mengundang kepuasan pada setiap gigitan rangup.
“Di KFC, kami percaya juadah makanan tidak sepatutnya membosankan dan kami sentiasa berinovasi untuk membawakan rasa baharu yang lazat, lebih-lebih lagi untuk menceriakan sambutan Ramadhan dan raya anda. Dengan ciptaan terbaharu Arabian Spice Crunch, kami berharap ianya membawa kegembiraan kepada setiap pelanggan,” ujar Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling.
KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati untuk waktu terhad di semua cawangan restoran KFC bermula pada harga RM17.49. Terdapat tiga set pilihan yang boleh anda pilih iaitu Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal.
Jika anda mahu menjamu selera dengan keluarga atau rakan-rakan, boleh dapatkan KFC Bucket Kongsi dengan nuget pedas baharu yang juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul.
Istimewa untuk penggemar teh tarik, terdapat pelbagai pilihan menu sahur yang disertakan dengan minuman popular ini. Bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara, di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti Nasi Lemak KFC, Bubur Zinger, dan KFC Hot Teh Tarik.
Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara melalui seluruh saluran khidmat kami termasuk makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.
Sementara itu, hidangan sahur bakal boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC.