Ramadan ini, KFC bakal mengujakan tunas deria rasa anda dengan tawaran waktu terhad baharunya, KFC Zesty Crunch – ayam goreng enak, rangup, segar, dan padu dengan rasa zesty limaunya yang berzing!
Menu penuh beraroma ini mewarnai lagi pilihan juadah anda untuk berbuka setelah penat berpuasa sepanjang hari. KFC Zesty Crunch mengetengahkan sos chimichurri gaya Argentina – salah satu sos sedap dan versatil popular di seluruh Amerika Selatan yang diperbuat daripada hirisan limau, daun ketumbar, daun parsley, dan bawang putih. Ianya sekaligus berasa sitrus, masam manis, harum berherba, dan pedas manja – menjadikan sos ini sesuai dipadankan dengan ayam Hot & Spicy kegemaran ramai.
“Kami amat berbesar hati membawakan keceriaan ‘chimi chimi’ kepada anda dengan KFC Zesty Crunch baharu sebagai sebahagian daripada kempen sambutan Raya kami, ‘Raikan Cara Kita’. Dengan letusan hijau terang, rasa asidik lembut tetapi beraromatik dalam sos chimichurri kami ini, ianya bersesuaian digandingkan dengan ayam Hot & Spicy kami. Seperti gabungan rasa hebat ini, kami berharap ianya membuatkan anda bersemangat menjalani bulan Ramadhan tahun ini! Juadah meriah ini juga masih boleh didapati pada Hari Raya untuk semua menikmatinya bersama mereka yang tersayang,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Bersiap-sedia untuk jatuh cinta pada rasa pertama kerana KFC Zesty Crunch baharu boleh didapati bermula esok di restoran KFC seluruh negara dalam pilihan kombo istimewa; Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal berbaloi yang turut mengandungi Burger Zinger, bermula RM15.99.
Elak daripada beratur panjang dan dapatkannya dengan mudah dan selamat melalui khidmat Penghantaran, Self Collect, dan Pandu Ambil. Cuma layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi mobil KFC Malaysia untuk buat pesanan.