Dilahirkan daripada hibrid budaya keturunan imigran Cina dan masyarakat Melayu tempatan ketika era kolonial, budaya Peranakan adalah sebahagian daripada warisan Malaysia dan banyak mempengaruhi budaya rakyat Malaysia. Kaya dengan tradisi makanan yang beraroma menarik dan unik, kulinari Peranakan Malaysia adalah inspirasi buat menu waktu terhad baharu, KFC Ayam Pedas Nyonya.

Menampilkan bahan masakan Nyonya penting – bunga kantan, dan bahan-bahan utama yang lain seperti serai, limau purut, dan bawang merah, KFC Ayam Pedas Nyonya menyuntik rasa tersendiri masakan Nyonya kepada ayam Hot & Spicy signature mereka, menghasilkan rasa gabungan yang cukup menyelerakan. Anda boleh menjangkakan rasa masam, manis, dan pedas ala Nyonya dalam setiap gigitan KFC Ayam Pedas Nyonya.

“Masakan Peranakan terhasil daripada inovasi dan adaptasi – prinsip yang turut KFC amalkan. Menu inovatif terbaharu kami, KFC Ayam Pedas Nyonya diinspirasikan daripada makanan Nyonya yang terkenal dengan penyediaan masakannya yang begitu rumit, teliti, dan penuh seni. Sebagai sebuah jenama yang diinspirasikan daripada rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, kami sudah lama mahu mengetengahkan masakan unik Nyonya dan kami percaya olahan kami ini tidak akan mengecewakan anda,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

KFC Ayam Pedas Nyonya boleh didapati bermula esok di restoran KFC seluruh negara. Bermula RM15.99, anda boleh menikmati hidangan sedap hingga menjilat jari ini dalam 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.

Dapatkannya dengan lebih selamat, pantas, dan mudah dengan memilih KFC Delivery, Self Collect, dan Pandu Ambil. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *