Berkat masyarakat majmuk yang ada di negara kita, Malaysia tidak pernah kekurangan pilihan makanan yang lazat dan unik.

Selain lauk-pauk berasaskan daging ayam, lembu dan kambing yang kerap menjadi bahan makanan utama penduduk Malaysia (khasnya bangsa Melayu yang beragama Islam), ada banyak lagi bahan lain yang tidak kurang menarik. Salah satu daging yang digunakan dalam lauk adalah daging itik.

Daging itik tidak kerap dimakan oleh bangsa Melayu kecuali di beberapa tempat sahaja seperti di Negeri Sembilan yang terkenal dengan itik salai. Selain itu masyarakat Melayu memang jarang sekali menjadikan itik sebagai hidangan utama.

Malah bangsa Cina lebih terbiasa memasak daging itik dengan pelbagai cara. Terdapat banyak restoran khas yang menjual makanan istimewa ini, walau bagaimanapun pengenalan menu ini kepada rakyat Malaysia pada awalnya terhad kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini kerana ramuan asalnya biasanya mengandungi bahan-bahan yang tidak halal.

Namun sejak menjadi semakin popular sejak beberapa tahun yang lepas, ramai pengusaha tempatan yang telah mengambil langkah inovatif untuk menghasilkan sajian itik yang halal.

Salah satu restoran yang mula mencuri perhatian adalah ItekItik di Damansara Jaya, Petaling Jaya.

Sungguhpun mula dibuka beberapa bulan yang lalu, nampaknya bakal menjadi makin tersohor kerana daging itik yang mereka jual berstatus halal. Ini telah mengundang ramai pelanggan beragama Islam untuk mengunjungi premis ini dan menikmati aneka sajian yang ada.

Tersergam di barisan kedai mengelilingi pusat beli belah The Atria Shopping Gallery, ia menyajikan ajnas hidangan itik serta beberapa menu pilihan masakan lain yang halal (seperti ayam , udang dan lain-lain)

Antara menu yang wajib dicuba sudah tentulah itik panggang, dan nasi Itik mereka yang menjadi keistimewaan utama Itekitik. Semuanya terbukti lazat menurut kebanyakan pengunjung yang pernah ke sini.

Menu mereka juga menghidangkan ayam panggang yang diasap selain mi itik dan juga chee cheong fun bersama itik.

Tidak ketinggalan juga roti bersama kari itik serta aneka dim sum halal.

Malah menu yang dinyatakan di sini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada sajian yang ditawarkan di restoran ini.

Di samping rekaan dalaman dan luaran bangunannya yang menarik, perkhidmatan yang diberikan juga sangat cekap dan pantas. Ini merupakan sesuatu yang sering diutamakan oleh setiap orang yang berkunjung ke restoran ini.

Jadi, sekiranya anda peminat daging itik dan berpeluang ke kawasan Damansara Jaya di Petaling Jaya pastikan anda mencuba aneka hidangan di restoran ini. Kami yakin anda akan sentiasa mencari alasan untuk kembali  lagi.

Hubungi Itekitik di Instagram rasmi mereka.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *