Sunshine Bakeries kembali lagi dengan penambahan baru kepada siri Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk yang digemari ramai. Kali ini mereka hadir dengan dua perisa baharu iaitu Summer Berries dan Uji Matcha.
Kedua-dua roti ini menampilkan krim susu Hokkaido yang sama bagi memberikan rasa yang kaya, tekstur yang lembut dan gebu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Sama ada anda mengidamkan rasa buah-buahan segar dan menceriakan, atau rasa yang lebih mewah dan menyelerakan, anda kini boleh menikmati roti berkrim yang dibuat khusus untuk anda setiap hari, dengan sentuhan istimewa Jepun.

Susu Hokkaido terkenal dengan teksturnya yang kaya dan halus serta rasa manis semula jadi, ia bergabung sempurna dengan setiap perisa yang digandingkan, menjadikan setiap gigitan satu pengalaman yang memuaskan dan menggoda deria anda.
Gebu dan enak berkrim, roti ini bukan sekadar snek, ia juga membolehkan anda menikmati rasa yang serba mewah pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.
Nikmati Roti Berkrim Summer Berries Signature Hokkaido Milk yang dipenuhi dengan kebaikan buah beri segar serta rasa masam manis yang pasti membangkitkan selera anda.
Di dalam roti lembut dan gebu ini terdapat inti yang diperbuat daripada puri buah sebenar, strawberi, beri biru, raspberi dan kranberi, yang diadun menjadi krim halus, penuh dengan rasa beri semula jadi.
Rasanya yang tidak terlalu manis, ditambah pula dengan kemewahan susu Hokkaido, menyerlahkan lagi kelembutan krim yang begitu memikat.
Uji Matcha Signature Hokkaido Milk pula menawarkan pengalaman rasa yang lebih elegan dengan setiap gigitan.
Dihasilkan menggunakan matcha Uji premium dari kawasan penanaman teh terkenal Kyoto, inti ini memberikan aroma teh asli yang sangat dihargai oleh pencinta matcha sejati.
Ia kemudiannya diadun dengan kemanisan lembut susu Hokkaido, menghasilkan inti yang halus, seimbang dan perlahan-lahan menaikkan selera anda.
Kedua-dua perisa baharu ini dicipta khas untuk membawakan sentuhan Jepun ke dalam kehidupan anda, dengan menggabungkan bahan-bahan berinspirasikan Jepun ke dalam rutin seharian.
Sama seperti produk-produk Sunshine Bakeries yang lain, Summer Berries dan Uji Matcha juga disahkan halal, menjadikannya pilihan enak pada bila-bila masa, walau di mana jua.
Sama ada anda mengidamkan rasa buah yang menyegarkan atau sesuatu yang lebih mewah, kini ada roti yang sesuai dengan setiap selera anda.
Kedua-dua perisa Roti Berkrim Summer Berries dan Roti Berkrim Uji Matcha SIGNATURE Hokkaido Milk boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi, https://www.sunshinebakeries.com.my/, atau ikuti Sunshine Bakeries di Instagram @sunshinebakeries.my dan Facebook @Sunshine Bakeries Malaysia.

