Buntu hendak memilih makanan ketika lapar? Situasi yang cukup biasa ini kini menjadi misi baharu Adrian, atau lebih dikenali sebagai Mr POV, selepas dilantik sebagai Chief Cravings Officer (CCO) Domino’s Pizza Malaysia.
Menerusi peranan tersebut, personaliti kandungan gastronomi Malaysia itu ditugaskan mengenal pasti keinginan orang ramai, memahami dilema mereka ketika memilih makanan dan mencari penyelesaian yang sesuai dengan selera masing-masing.
Misi pertamanya bermula dengan rangkaian Cheese & Steak Pizza, menu terbaharu Domino’s yang menggabungkan inspirasi cita rasa stik dengan pizza berkeju. Mr POV akan mencuba Cheese & Steak Beef Signature sebelum turun bertemu orang ramai yang berdepan dilema menentukan hidangan mereka.
Antara situasi yang bakal diketengahkan termasuk waktu makan tengah hari di pejabat yang berlarutan dan rancangan temu janji apabila restoran pilihan sudah penuh.
Pendekatan ini menjadi sebahagian daripada usaha Domino’s menghidupkan kempen Unbox Your Cravings menerusi situasi harian yang dekat dengan pengguna.
Menurut Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, rangkaian Cheese & Steak menggabungkan rasa daging yang kaya dengan sos keju panggang untuk memberikan pilihan baharu kepada peminat pizza.
Tiga Pilihan Cheese & Steak Pizza
Menjadi tarikan utama kempen ini, rangkaian Cheese & Steak Pizza hadir dengan tiga pilihan yang menawarkan kombinasi topping berbeza.
Bagi penggemar daging lembu, Cheese & Steak Beef Signature menggabungkan brisket daging lembu berasap dengan bawang, lada benggala hijau dan cendawan. Kesemuanya dilengkapkan dengan sos keju panggang untuk rasa yang lebih mewah.
Cheese & Steak Chicken Deluxe pula mengetengahkan ketulan ayam panggang bersama bawang, lada benggala hijau dan tomato ceri. Sos keju panggang serta sentuhan rasa berasap melengkapkan gabungan bahan tersebut.
Sementara itu, Cheese & Steak Chicken Classic menyatukan ketulan ayam panggang, sosej ayam dan bawang dengan sos keju panggang, sesuai untuk mereka yang menggemari gabungan rasa ayam dan keju.


Jika mahukan lebih rasa keju, pelanggan boleh menaik taraf pizza kepada Crunchy Cheddar Crust dengan tambahan RM3 bagi saiz sederhana atau RM5 untuk besar.
Loaded Fries Sebagai Pelengkap
Selain pizza, Domino’s turut menawarkan Cheesy Beef Loaded Fries dan Cheesy Chicken Loaded Fries untuk melengkapkan hidangan.
Cheesy Beef Loaded Fries disajikan dengan jalur brisket daging lembu berasap, manakala pilihan ayam menggunakan ketulan ayam panggang. Kedua-duanya dilengkapi sos keju nacho berkrim, menjadikannya pilihan sampingan untuk dinikmati bersama pizza.


Rangkaian Cheese & Steak Pizza kini boleh didapati untuk tempoh terhad di semua cawangan Domino’s Pizza di seluruh Malaysia.
Pelanggan boleh membuat pesanan menerusi laman web rasmi Domino’s, aplikasi Domino’s atau mengunjungi cawangan berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari www.dominos.com.my atau ikuti @DominosMY di Facebook dan Instagram.

