Antara yang ditunggu tatkala Ramadan tiba setiap tahun adalah buffet Ramadan hotel mana yang patut dicuba. Selain dapat menjamu selera pelbagai jenis makanan yang lazat dan enak, hubungan silaturrahim antara keluarga dan teman juga dapat dieratkan. Berikut adalah 4 pilihan berbuka puasa hotel Marriott Bonvoy di sekitar Kuala Lumpur.

Hotel Fairfield by Marriott, Jalan Pahang, Kuala Lumpur

Hotel Sheration Imperial Kuala Lumpur

Bertemakan “Feast of 7 Wonders”, menu berbuka puasa pada tahun ini berdasar 7 jenis makanan dari 7 negara berbeza antaranya adalah ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, stew kambing bersama kacang kuda dan tomato dari Maghribi, Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India, Kambing Kuzi panggang yang diperap selama 48 jam dan diurut dengan 14 rempah-ratus dari Qatar (Hidangan Langsung) dan Ayam Malai Kebab dengan Daun Fengreek dari Afghanistan. Selain itu juga terdapat pelbagai seleksi juadah dari Malaysia juga. Menu berbuka puasa ini berharga RM197 untuk dewasas dan RM97 untuk kanak-kanak boleh didapati sehingga 21 April 2023.

Hotel Le Meridien Kuala Lumpur

Sehingga 21 April 2023, bertempat di Restoren Latest Recipe dan bertemakan Santapan Nostalgia, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis juada berbuka puasa bersama keluargan dan rakan taulan. Terdapat 4 menu yang wajid di cuba antaranya adalah Sup Daging Tempayan yang dimasak lebih dari 9 jam, jangan lupa makan sekali dengan biskut lutut. Kedua, Mee Lob Dang Tam – yang mengadungi tiga makanan laut utama iaitu Lobster (Lob), Udang (Dang) dan Ketam (Tam). Kuah yang pekat dan rasa yang memikat pastinya buat anda tambah dua tiga kali. Racikan Ayam dan Laksa Lemak Kuning Ikan Tongkol juga wajib dicuba. Berharga RM 198 untuk dewasa dan RM99 untuk kanak-kanak.

Hotel Four Points by Sheraton, Kuala Lumpur Chinatown

Pilihan terakhir untuk berbuka puasa pada tahun ini adalah Hotel Four Points by Sheration, Kuala Lumpur Chinatown. Quan’s Bazar Selera by Quan Kitchen bekerjasama bersama Chef Naem Ramli, mengambil tema Chinatown untuk menyediakan juadah Ramadan yang menarik dan sedap untuk dinikmati pelanggan. Antara menu yang wajib dicuba adalah Ikan Botok-Botok, Asam Rebus Daging Panggang, Udang Rendang Hijau dan banyak lagi.

Berharga RM 148+ untuk dewasa dan potongan 50% untuk kanak-kanak 6-12 tahun serta warga emas 60 tahun keatas.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah