Reuben Mattus, individu yang menubuhkan syarikat aiskrim dan mencipta aiskrim, namun isterinya Rose Mattus yang mempopularkan Häagen-Dazs.
Rose, seorang wanita yang inovatif dan tidak mengenal erti putus asa telah berjaya menempuhi pelbagai halangan pada tahun 1960-an dengan menjadikan Häagen-Dazs sebagai pencetus trend di New York.
Häagen-Dazs digilai oleh peminat-peminat aiskrim, hasil daripada taktik pemasaran serta penjenamaan yang bijak. Ketika Reuben begitu obses mencipta produk dan perisa berkualiti tinggi yang akan menjadi contoh unggul sebagai lambang asas kemewahan dan kenikmatan, Rose pula menguruskan perniagaan tersebut untuk membantu suaminya menempa kejayaan.
Perisa Häagen-Dazs kegemaran Rose tidak lain tidak bukan ialah perisa vanila. Oleh itu sebagai tanda penghormatan, aiskrim Häagen-Dazs perisa vanila akan dinamakan semula sebagai ‘Founder’s Favourite’, perisa pujaan hati Rose.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac, Häagen-Dazs menawarkan sesenduk aiskrim Vanila secara percuma kepada setiap pengunjung di lebih 100 cawangan.
Häagen-Dazs juga dengan bangganya dijenamakan semula sebagai perniagaan yang diasaskan oleh wanita pada tahun 1960. Di Malaysia, projek ini akan berlangsung di setiap cawangan Häagen-Dazs dengan menawarkan promosi ‘Beli 2, Percuma 1’ pada 6-10 Mac (Isnin-Jumaat).
Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, orang ramai boleh mendapatkan bekas aiskrim ‘Founder’s Favourite’ Häagen-Dazs 1960 IWD keluaran terhad di setiap cawangan Häagen-Dazs sepanjang bulan Mac. Pengguna juga boleh menebus tawaran ini dengan mencalonkan seseorang untuk The Rose Project.
‘The Rose Project’ yang turut dilancarkan sempena Hari Wanita Sedunia ini merupakan inisiatif dengan dana berjumlah USD100,000 khusus buat para wanita yang ‘Tidak Pernah Gentar’ bagi menghormati legasi Rose Mattus.
Rose merupakan rakan niaga sejati Reuben bersama-sama anak perempuan mereka, Doris. Mereka bertiga mencipta pelan perniagaan cawangan Häagen-Dazs bersama-sama, tetapi sumbangan Rose tidak begitu didendang berbanding dengan suaminya yang diberi penghargaan sebagai pencipta jenama itu.
Namun begitu, segalanya akan berubah mulai 8 Mac 2023 ini melalui pelancaran ‘The Rose Project’. Projek ini bertujuan menyokong usaha golongan wanita yang tidak didendang dalam setiap bidang.
Inisiatif ini akan menyerlahkan kisah Rose Mattus serta semangatnya yang ‘Tidak Pernah Gentar’ supaya dapat memberi inspirasi kepada semua orang untuk turut berkongsi kisah mereka.
Pencalonan kini dibuka untuk anda menamakan wanita yang tidak didendang (termasuk anda sendiri) yang dirasakan layak menerima pengiktirafan melalui usaha, pencapaian serta sumbangan mereka kepada masyarakat.
Seramai 50 orang ‘Wanita yang Tidak Pernah Gentar’ akan dipilih untuk sumbangan mereka dan berpeluang memenangi satu daripada lima geran kewangan bernilai USD20,000 setiap satu.
Dana The Rose Project akan membolehkan lima pemenang ini terus berbakti kepada diri mereka serta masyarakat sekali gus menyerlahkan potensi mereka (atau untuk diberikan kepada mana-mana organisasi yang menyokong matlamat mereka).
Pencalonan boleh dihantar melalui https://iwd.haagen-dazs.global/ . Anda juga boleh memberikan komen anda di media sosial Häagen-Dazs pada hantaran yang meraikan Hari Wanita Sedunia 2023 dan tag wanita yang anda ingin calonkan. Sertakan sekali butiran pendek tentang sebab-sebab anda mencalonkannya menggunakan hashtag #RoseProject.