Manjakan diri dengan set minum petang yang mewah di W Kuala Lumpur, jenama hotel gaya hidup ikonik yang menghidupkan suasana Kuala Lumpur. Set minum petang yang dinamakan Teassentials ini adalah kolaborasi pertama dengan butik produk kecantikan jenawa mewah escentials.

Bagi meraikan konsep ‘Of all things beautiful’, W Kuala Lumpur menjemput tetamu untuk sama-sama menikmati kemewahan dan menyelitkan detik-detik mempesona ke dalam pengalaman harian mereka.

Terokai keajaiban escentials, dengan deretan jenama kecantikan mewah seperti Amouage, Acqua di Parma, Bvlgari, Penhaligon’s dan banyak lagi. Set minum petang Teassentials adalah pengalaman yang bergaya dan elegan, sesuai untuk mereka yang sofistikated.

Menu minum petang yang dipilih dipersembahkan adalah hasil gabungan rasa bahan-bahan yang digunakan dalam setiap wangian seperti, lemon, oren, lavender, halia, lada hitam, kayu manis dan vanila.

Setiap satu sambil dipersembahkan dalam palet warna pastel untuk sentuhan keanggunan. Tawaran hebat ini pasti akan menggembirakan dan memanjakan tetamu. Rasakan sensasi kulinari yang luar biasa sambil terapi diri bersama teman atau pasangan.

Chef Eksekutif, Haznizam Hamzah, dan Sous Chef, Suhalmi Md. Tasir adalah individu yang bertanggungjawab mencipta konsep barisan menu minum petang ini. Mereka mengimbangi bahan-bahan tempatan yang kaya dengan rasa ringan yang moden, dan menyegarkan.

Dipersembahkan di atas rak tiga tingkat, tetamu boleh menikmati hidangan seperti Mini Slider, Duck Patties, Caramelized Ginger, Szechuan Hoisin; Pai Kambing Berempah; Puff Nasi Keladi, Pink Peppercorn and Wild Mushroom, Truffle Arachini.

Minum petang tidak lengkap tanpa ‘scone moreish’ yang lazat. Kerana itulah, set ini turut menghidangkan skon berperisa lavender dan oren halia untuk dinikmati bersama krim dan jem oren halia. Sudahi sesi menjamu selera anda dengan pemanis mulut yang mengenyangkan dengan Rose Lychee Gateaux; Tart Citrus Meringue; Licorice Noir Chocolate Rocher dan Matcha Jasmine Choux.

Selain itu, tetamu juga boleh memilih dua lagi hidangan daripada troli seperti Red Velvet Raspberry Macaron; Orange Yuzu Travel Cake; Lemon Cured Salmon Mini Bagels atau Smoked Chicken Sandwich.   

TEASSENTIALS tersedia dari 1 Mac – 23 April 2023, setiap hari, dari jam 3 hingga 5 petang. Harga yang ditetapkan ialah MYR168 bersih setiap seorang (termasuk satu minuman alu-aluan) dan RM198 bersih seorang untuk tempahan secara penghantaran.

Untuk pertanyaan atau pembelian, sila layari W Kuala Lumpur, e-mel bf.wkualalumpur@whotels.com  atau hubungi +6012- 347 9088.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah