Berapa kali anda pulang daripada bercuti dengan perasaan kecewa? Bukan kerana destinasi, tetapi kerana ratusan gambar dalam telefon yang hasilnya tidak cantik. Hanya beberapa keping sahaja yang benar-benar menjadi pilihan untuk dikongsi?
Ada gambar yang terlalu terang, ada pula yang tidak cukup jelas, manakala video yang dirakam ketika berjalan kelihatan bergoyang.
Hakikatnya, merakam gambar ketika bercuti bukan sekadar mencari latar belakang yang cantik dan menekan butang kamera. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hasil lebih menarik, termasuk memilih sudut yang tepat, memahami fungsi kamera dan sedikit kemahiran menyunting.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang gemar berkongsi kisah perjalanan di Instagram, TikTok atau YouTube. Setiap gambar dan video bukan sekadar kenangan, tetapi juga cara untuk menceritakan pengalaman meneroka sesuatu destinasi.
Jika anda sedang merancang percutian seterusnya, enam tip ini mungkin boleh membantu. Dengan Samsung Galaxy S26 Ultra, beberapa teknik fotografi dan videografi juga boleh dicuba terus menggunakan telefon pintar.
1. Rakam Video Sambil Bergerak Tanpa Bimbang Hasilnya Bergoyang
Antara cabaran ketika merakam video percutian ialah memastikan rakaman kekal stabil, terutama apabila kita sedang berjalan. Bayangkan merakam suasana pasar malam yang meriah, menyusuri lorong-lorong menarik di bandar lama atau berjalan di sepanjang pantai sambil merakam pemandangan sekeliling.
Jika tangan terlalu banyak bergerak, hasil video mungkin kelihatan kurang kemas.

Samsung Galaxy S26 Ultra mempunyai ciri Super Steady with Horizontal Lock yang membantu memastikan rakaman lebih stabil dan paras ufuk kekal mendatar walaupun telefon dicondongkan atau diputar.
Ciri ini menggunakan giroskop dan akselerometer untuk mengesan graviti serta membantu mengekalkan kedudukan rakaman. Jadi, jika anda gemar menghasilkan video perjalanan sambil berjalan, fungsi ini memang wajar dicuba.
2. Jangan Asyik Ambil Gambar Dari Sudut Yang Sama
Pemandangan yang cantik tidak semestinya menghasilkan gambar yang menarik jika kita hanya mengambilnya dari satu sudut.
Ketika mengunjungi sesuatu destinasi, cuba luangkan sedikit masa untuk melihat persekitaran. Jika berada di hadapan bangunan ikonik, misalnya, jangan hanya mengambil gambar keseluruhan bangunan. Cuba rakam perincian seni bina, corak tingkap atau suasana orang ramai di sekitarnya.

Begitu juga ketika berada di tepi pantai. Selain gambar panorama, rakam juga ombak yang menghempas pantai, jejak kaki di atas pasir atau suasana kafe yang menghadap laut.
Samsung Galaxy S26 Ultra memudahkan percubaan ini menerusi sistem kamera yang terdiri daripada kamera utama 200MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 50MP. Ia turut dilengkapi 3x dan 5x optical zoom untuk merakam subjek dari jarak jauh.
Dengan pilihan kamera yang berbeza, anda boleh mendapatkan pelbagai perspektif tanpa perlu bertukar peranti.
3. Cuba Mod Pro Untuk Hasil Gambar Yang Berbeza
Jika selama ini anda hanya menggunakan mod automatik, apa kata cuba teroka tetapan kamera yang lain?
Mod Pro dan Pro Video pada Samsung Galaxy S26 Ultra membolehkan pengguna mengawal ISO, kelajuan shutter, fokus dan white balance. Walaupun pada awalnya mungkin kelihatan agak teknikal, memahami fungsi asas tetapan ini boleh membantu menghasilkan gambar mengikut suasana yang ingin dirakam.
Sebagai contoh, anda boleh bereksperimen dengan pencahayaan ketika mengambil gambar bandar pada waktu senja atau menyesuaikan fokus untuk menyerlahkan subjek tertentu.

Bagi yang mahu meneroka fotografi dengan lebih serius, aplikasi Expert RAW daripada Samsung turut menyediakan kawalan manual tambahan serta keupayaan merakam gambar dalam format RAW.
Telefon ini juga menyokong rakaman video 8K pada 30fps dan 4K sehingga 120fps dalam mod Pro Video. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mahu mencuba rakaman beresolusi tinggi atau menghasilkan babak gerak perlahan dalam video perjalanan.
4. Selamatkan Gambar Yang Kurang Menjadi Dengan Galaxy AI
Pernah mengambil gambar di lokasi pelancongan yang sesak, tetapi tiba-tiba ada orang melintas di belakang subjek? Atau gambar sudah cantik, cuma ada objek yang mengganggu pemandangan?
Tidak semua gambar perlu dibuang begitu sahaja. Kadangkala, sedikit suntingan sudah memadai untuk memperbaiki hasilnya.
Melalui fungsi Photo Assist pada Samsung Galaxy S26 Ultra, pengguna boleh membuat perubahan pada gambar menggunakan arahan bahasa semula jadi. Antaranya termasuk membuang objek yang tidak diingini, mengubah kedudukan subjek atau menambah elemen tertentu.
Sementara itu, Creative Studio membolehkan pengguna menghasilkan pelekat dan elemen visual sendiri.
Jika gemar bermain dengan tona warna dan pencahayaan, aplikasi seperti Adobe Lightroom, Snapseed dan Adobe Photoshop Express juga boleh digunakan untuk menyunting gambar mengikut cita rasa masing-masing.
Apa yang penting, jangan terlalu keterlaluan menyunting sehingga gambar kehilangan suasana asal tempat yang dikunjungi.
5. Jangan Rakam Terlalu Panjang, Kumpulkan Momen Kecil
Satu kesilapan yang sering dilakukan ketika bercuti ialah merakam video terlalu panjang tanpa memikirkan bagaimana ia akan disunting kemudian.
Sebenarnya, beberapa klip pendek yang dirakam dengan baik lebih mudah disusun menjadi sebuah video perjalanan yang menarik.
Cuba rakam suasana ketika tiba di destinasi, pemandangan dari tingkap hotel, makanan yang dinikmati, aktiviti sepanjang hari dan sedikit suasana di sekeliling. Setiap klip boleh berdurasi beberapa saat sahaja, asalkan cukup untuk menceritakan sesuatu.

Samsung Galaxy S26 Ultra menawarkan rakaman video sehingga 8K pada 30fps dan 4K sehingga 120fps dalam mod Pro Video. Ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk menghasilkan rakaman mengikut keperluan kandungan.
Selepas itu, gunakan aplikasi seperti CapCut atau VN Video Editor untuk memotong klip, menyusun babak, memasukkan muzik dan menambah sari kata.
Hasilnya boleh menjadi sebuah video pendek yang bukan sahaja memaparkan tempat yang dikunjungi, tetapi turut membawa penonton mengikuti perjalanan tersebut.
6. Manfaatkan Satu Perjalanan Untuk Pelbagai Kandungan
Bagi yang aktif di media sosial, setiap percutian sebenarnya boleh menghasilkan lebih daripada satu jenis kandungan.
Ketika merakam, cuba ambil gambar dan video dalam format berbeza. Rakaman menegak sesuai untuk Instagram Reels, TikTok dan YouTube Shorts, manakala format mendatar boleh digunakan untuk video perjalanan yang lebih panjang.

Jangan lupa juga mengambil beberapa gambar yang sesuai dijadikan thumbnail, selain merakam perincian kecil yang boleh digunakan sebagai kandungan tambahan.
Aplikasi Canva boleh membantu menghasilkan grafik dan thumbnail, manakala Lightroom dan CapCut menyediakan pilihan suntingan untuk mengekalkan gaya visual yang konsisten.
Dengan Samsung Galaxy S26 Ultra, proses mengambil gambar, merakam video, menyunting dan berkongsi hasilnya boleh dilakukan menggunakan satu peranti. Malah, fungsi Quick Share memudahkan perkongsian fail dengan peranti lain yang serasi.
Bawa Pulang Lebih Daripada Sekadar Kenangan
Setiap destinasi mempunyai cerita yang berbeza. Ada yang memikat melalui pemandangannya, ada yang meninggalkan kesan melalui makanan tempatan, manakala sesetengah pengalaman kecil mungkin menjadi kenangan paling berharga selepas perjalanan berakhir.
Sebab itu, tidak salah meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan gambar dan video yang benar-benar menggambarkan pengalaman kita. Tidak perlu semuanya sempurna atau kelihatan seperti hasil jurugambar profesional. Kadangkala, gambar spontan yang dirakam pada waktu yang tepat jauh lebih bermakna.
Dengan pelbagai keupayaan kamera dan ciri penyuntingan yang ditawarkan Samsung Galaxy S26 Ultra, merakam serta menghasilkan kandungan perjalanan kini boleh dilakukan dengan lebih mudah, walau di mana sahaja anda berada.
Promosi Samsung Galaxy S26 Series
Sehingga 31 Disember 2026, nikmati rebat sehingga RM700 bagi pembelian model terpilih Samsung Galaxy S26 Series.
Untuk maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia.

