Ada satu perkara yang sering menjadi sebahagian daripada pengalaman bercuti di Genting Highlands, mencari tempat untuk menikmati hidangan yang pelbagai selepas seharian menghabiskan masa meneroka tarikan di puncak bukit.

Kini, ada satu lagi sebab untuk menambah Coffee Terrace dalam senarai kunjungan apabila merancang percutian ke Genting Highlands.

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kembali menerusi ‘The Nostalgic Spread’, membawa bersama hidangan yang mengimbau citarasa lama, kegemaran ramai serta pilihan kulinari yang lebih pelbagai.

Bufet ini mula ditawarkan sejak 15 Ogos 2026 dan berlangsung setiap hari dari jam 5 petang hingga 9.30 malam.

Satu Meja, Pelbagai Citarasa

Apa yang menarik tentang ‘The Nostalgic Spread’ ialah kepelbagaian pilihannya. Daripada masakan warisan tempatan, sajian Cina dan Jepun hinggalah hidangan Barat serta India, pilihannya sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga atau sekumpulan rakan dengan selera yang berbeza.

Bagi yang mahu menikmati hidangan tempatan, antara sajian yang diketengahkan termasuk nasi ayam Hainan, ayam panggang, itik panggang, ayam char siew, Laksa Kari Nyonya, kuey teow goreng dan nasi goreng kampung.

Tidak ketinggalan juadah tradisional seperti sate, otak-otak, satar ikan serta pelbagai kudapan tempatan.

Beralih ke pilihan Asia pula, peminat masakan Jepun boleh menikmati sashimi salmon dan tuna, sushi dan maki, takoyaki, gyoza ayam serta teppanyaki.

Bagi peminat makanan laut, satu lagi tarikan ialah stesen seafood on ice, yang menampilkan udang, Kupang Hijau New Zealand dan kerang bersama pelbagai pelengkap.

Jangan Terlepas Hidangan Panggang Hujung Minggu

Jika kunjungan ke Genting Highlands dirancang pada Jumaat atau Sabtu, ada sebab tambahan untuk memperuntukkan masa makan malam di sini.

Pada dua hari tersebut, bufet menampilkan hidangan panggang istimewa dengan pilihan premium seperti daging lembu panggang berempah dan kaki kambing, lengkap bersama pilihan sos serta sayur-sayuran panggang.

Selepas puas menikmati hidangan utama, pilihan pencuci mulut pula membawa sentuhan tempatan dan antarabangsa. Ais kacang, cendol, pastri Perancis serta kuih-muih Nyonya dan Melayu antara yang tersedia, selain manisan yang dipelbagaikan dari semasa ke semasa.

Harga Yang Mesra Poket

Bufet makan malam ini ditawarkan setiap hari dari 5 petang hingga 9.30 malam.

Dari Ahad hingga Khamis, harganya ialah RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak, manakala Jumaat dan Sabtu masing-masing RM108 dan RM58.

Ada juga peluang untuk berjimat menerusi promosi Early Bird. Pengunjung yang menikmati bufet antara jam 5 petang hingga 6 petang boleh mendapatkan kadar RM78 untuk dewasa, RM38 untuk kanak-kanak dan RM68 untuk warga emas.

Jadi, jika Genting Highlands sudah ada dalam perancangan percutian akan datang, mungkin tidak perlu terlalu fikir panjang tentang tempat untuk makan malam.

Dengan pilihan yang begitu pelbagai, ‘The Nostalgic Spread’ di Coffee Terrace boleh menjadi penutup yang sempurna selepas seharian menikmati udara nyaman, hiburan dan tarikan di puncak Genting.

Lebih menarik, pengalaman ini bukan sekadar tentang mencuba sebanyak mungkin hidangan. Ia juga tentang kembali menikmati citarasa yang pernah menjadi kegemaran,

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah