Bagi ramai orang, secawan kopi atau teh bukan sekadar minuman, tetapi rutin harian yang memberi ruang untuk berehat seketika daripada kesibukan.
Bermula 27 Julai hingga 27 Oktober 2026, ritual ringkas itu menjadi lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy memperkenalkan semula kempen Brew with Benefits, kali ini dengan kerjasama jenama coklat premium, Patchi Malaysia.
Menariknya, anda tidak perlu menempah bilik untuk menikmati tawaran ini.
Sepanjang tempoh kempen, ahli Marriott Bonvoy yang membeli sekurang-kurangnya satu kopi atau teh di hotel yang mengambil bahagian akan menerima 10 gram coklat Patchi secara percuma. Ia mungkin kelihatan seperti ganjaran kecil, tetapi cukup untuk menjadikan sesi minum petang atau temu janji santai di hotel terasa lebih eksklusif.

Bagi yang belum menjadi ahli Marriott Bonvoy, anda boleh mendaftar secara percuma terus di hotel. Pendaftaran itu bukan sahaja membolehkan anda menikmati tawaran Brew with Benefits serta-merta, malah anda turut menerima sekeping coklat Patchi dan baucar diskaun 10% Patchi yang boleh ditebus di butik terpilih (tertakluk kepada terma dan syarat).
Kempen ini hanya berlangsung di empat hotel berikut:
- W Kuala Lumpur
- The St. Regis Kuala Lumpur
- The Westin Kuala Lumpur
- Le Méridien Putrajaya
Bagi pencinta kafe dan hotel, ini juga peluang untuk menikmati suasana lobi dan lounge hotel bertaraf lima bintang tanpa perlu menginap. Sama ada ingin mengadakan mesyuarat santai, bekerja dari hotel, bertemu rakan atau sekadar menikmati secawan kopi berkualiti, ganjaran tambahan berupa coklat premium menjadikan pengalaman itu lebih berbaloi.


“Setiap manfaat Marriott Bonvoy direka untuk menjadikan pengalaman keahlian lebih bermakna, sama ada ketika ahli kami sedang melancong atau sekadar menikmati hidangan di hotel-hotel kami,” kata Naib Presiden Malaysia, Marriott International, George Varughese.
“Melalui Brew with Benefits, kami mahu memperkenalkan lebih ramai orang kepada program Marriott Bonvoy sambil menghargai ahli sedia ada menerusi pengalaman yang ringkas tetapi lebih istimewa hasil kerjasama kami bersama Patchi Malaysia,” tambah beliau lagi.
Jika anda merancang staycation atau kebetulan berada di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam tempoh tiga bulan akan datang, mungkin sudah tiba masanya untuk singgah menikmati secawan kopi di salah sebuah hotel ini.

