Memandangkan Ramadan semakin hampir, Burnin ’Pit akan menawarkan ‘Ramadan Platter’ berupa sajian khas Ramadan untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa atau merasai semangat Ramadan bersama keluarga atau rakan-rakan. “‘Ramadan Platter’ diilhamkan dari waktu saya bekerja di Timur Tengah,” kata Eugene Cheam, Chef Eksekutif Burnin ‘Pit. Sajian khas ini menawarkan pilihan Ayam Percik Meletop yang enak, Shawarma Kaki Kambing Salai, dan Briskit Daging Lembu Salai khas Burnin’ Pit. Ia dilengkapi dengan pelbagai sos dan acar seperti Yogurt Limau Nipis, Muhammara, Sambal Bajak dan Acar Rampai. Roti Rata buatan sendiri, Beras Pilaf dan Makaroni Cili Api juga disertakan bersama.”
‘Ramadan Platter’ untuk dua orang mengandungi 200 gram Briskit Daging Lembu Salai, 200 gram Shawarma Kaki Kambing Salai dan dua paha Ayam Percik Meletop pada harga RM 95.00. Untuk empat orang, ‘Ramadan Platter’ merangkumi 300 gram Briskit Daging Lembu Salai, 400 gram Shawarma Kaki Kambing Salai, empat paha Ayam Percik Meletop dengan harga RM 180.00. Sos dan sajian sampingannya disertakan sekali. Pelanggan juga boleh membuat pesanan untuk setengah Ayam Percik Meletop bahagian paha pada harga RM 90.00 dan Nasi Pilaf Lebanon pada harga RM 40.00. (Kesemua harga ini tidak termasuk cukai dan penghantaran) Burnin’ Pit boleh menyediakan Radaman Platter mengikut jumlahorang yang akan menikmati setiap hidangan.
Burnin’ Pit mengalu-alukan kehadiran pelanggan di restoran dan juga menyediakan perkhidmatan penghantaran oleh UMAI, dan juga boleh didapati melalui pelbagai penghantaran yang tersedia semasa bulan penuh kemaafan dan renungan ini.
ALAMAT
No. 24, Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
LAMAN SESAWANG DAN MEDIA SOSIAL
https://www.facebook.com/burninpit
https://www.instagram.com/burninpit/
WAKTU OPERASI
Setiap hari 10:00AM to 10:00PM
TEMPAHAN
+60 13 399 3920
burninpit@gmail.com
https://letsumai.com/widget/the-burnin-pit