4Fingers Crispy Chicken Malaysia (4Fingers) meraikan kecemerlangan kulinari selama sedekad di Malaysia dengan mengumumkan pencapaian besar di mana lebih 90% restorannya di seluruh negara kini disahkan Halal. Sejak penubuhannya di Malaysia, 4Fingers telah mengutamakan pensijilan Halal yang mencerminkan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan tempatan.
Pencapaian 4Fingers yang terbaharu ini menyerlahkan usaha berterusan mereka untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang terbaik. Rangkaian restoran tersebut telah bekerjasama rapat dengan Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan setiap elemen penyediaan makanannya, daripada sumber bahan sehingga proses memasak, mematuhi piawaian Halal tertinggi.
Zarina Binti Mohamad Saad, Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers, menyatakan bahawa makanan dan minuman yang disahkan Halal adalah keutamaan bagi rakyat Malaysia, khususnya bagi pelanggan Islam, dan oleh itu, 4Fingers telah bertekad untuk memenuhi keperluan ini sejak ketibaannya di Malaysia supaya peminat tempatan berpeluang menikmati hidangan ayam yang enak tanpa sebarang keraguan.
“Sambil meraikan 10 tahun kecemerlangan 4Fingers di Malaysia, pencapaian pensijilan Halal JAKIM kekal sebagai keutamaan kami. Pematuhan kepada piawaian Halal menandakan dedikasi kami terhadap keterangkuman dan kualiti tinggi dan kami akan terus berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh JAKIM,” kata Zarina.
Pensijilan Halal mengesahkan bahawa semua menu 4Fingers disediakan dengan penuh perhatian terhadap kebersihan dan kualiti. Pensijilan ini menjaminkan integriti dan keselamatan makanan yang disediakan.
4Fingers merancang untuk mengembangkan cawangan yang diperakui Halal di seluruh Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan piawaian restorannya dengan tawaran yang inovatif dan berkualiti tinggi. Antara menu istimewa yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah tawaran masa terhad seperti menu Ayam Rendang dan banyak lagi hidangan kegemaran peminat.
“Di 4Fingers, visi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa sambil mengekalkan nilai jenama yang berteraskan kualiti dan kepercayaan. Kami akan sentiasa komited untuk menyediakan ayam goreng rangup yang disahkan Halal sambil meluaskan kehadiran kami di seluruh Malaysia. Kami juga kekal komited terhadap pelanggan setia kami setiap kali mereka mengidamkan ayam goreng rangup kegemaran mereka,” kata Zarina.
Kini menyambut ulang tahun global yang ke-15 sejak penubuhannya di Singapura, komitmen 4Fingers terhadap kualiti dan inovasi kekal menjadi strategi utama pertumbuhan jenama itu. Dengan lebih banyak perancangan menarik yang belum didedahkan, 4Fingers bersedia untuk meneruskan pertumbuhannya dan membawa tawaran yang lebih unik kepada pelanggan di Malaysia dan di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut tentang 4Fingers, sila layari Laman Web Rasmi 4Fingers Malaysia, Facebook, Instagram, X dan TikTok.