Bersediakah anda untuk perjalanan menyeronokkan sepanjang musim cuti ini? McDonald’s Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia menikmati perjalanan dengan kempen Jalan-Jalan McD untuk pengalaman percutian yang unik di Semenanjung Malaysia.
Mulai 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022, kempen ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka tapak bersejarah di Melaka, menikmati pemandangan indah di Cameron Highlands atau pemandangan laut di lebuhraya di Pantai Timur – semuanya sambil menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka!
Kempen ini dilancarkan di restoran pandu-lalu McDonald’s yang pertama di negara ini, iaitu McDonald’s Titiwangsa. Kempen Jalan-Jalan McD merupakan sebahagian daripada Karnival Pandu-Lalu McDonald’s yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mencipta memori indah melalui perjalanan percutian akhir tahun yang menyeronokkan.
“Walau ke mana jua rakyat Malaysia berjalan sepanjang musim percutian ini, mereka pasti akan menemui restoran McDonald’s berdekatan mereka. Tidak kiralah di bandar, ketika menikmati pemandangan di tepian pantai, atau melawat pekan-pekan kecil di seluruh pelosok negara, anda tahu McDonald’s sentiasa ada, di mana sahaja anda pergi,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
“Sebagai jenama pandu-lalu yang paling mudah didapati dan boleh dipercayai, kami sangat berbesar hati membawa pengalaman Jalan-Jalan McD kepada rakyat Malaysia, bagi membolehkan mereka mencipta memori indah dengan orang-orang tersayang ke mana sahaja mereka pergi di negara ini,” tambah Melati.
Melalui kempen Jalan-Jalan McD, McDonald’s menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam ‘Jalan-Jalan McD Challenge’, yang merupakan cabaran perjalanan di atas jalanraya sejauh 2,500 km untuk melawat 20 restoran pandu lalu McDonald’s paling ikonik di seluruh Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada cabaran ini, pelanggan akan menerima Pasport Jalan-Jalan McD apabila mereka membeli hidangan istimewa Jalan-Jalan McD dengan harga minimum RM20 melalui ciri ‘Oder & Collect’ di aplikasi McDonald’s. Untuk setiap pembelian di mana-mana 20 restoran pandu-lalu McDonald’s yang terlibat, pelanggan akan menerima satu cop dalam pasport mereka. Sepuluh peserta pertama melengkapkan ‘Jalan-Jalan McD Challenge’ berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000.
Selain mengumpul cop di restoran pandu-lalu McDonald’s yang terpilih, McDonald’s juga memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah dengan menghantar video perjalanan mereka, melibatkan 20 restoran pandu-lalu McDonald’s yang terpilih. Video dengan tanda ‘suka’ paling banyak di media sosial akan dipilih sebagai pemenang.
Selain ‘Jalan-Jalan McD Challenge’ dan peraduan TravelVlog, McDonald’s juga ingin memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah melalui cara lain seperti pertandingan Jalan-Jalan McD Cop & Menang. Peserta hanya perlu mengumpul lima cop dari mana-mana restoran pandu-lalu McDonald’s di Malaysia untuk memenangi satu baucar, yang membolehkan pelanggan menebus satu menu percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jalan-Jalan McD dan mekanik untuk peraduan yang dijalankan, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/jalanjalanMcD.