Concorde Hotel Shah Alam meraikan Tahun Baru Cina pada tahun Ular ini dengan menawarkan sajian promosi makanan tahun baru di Melting Pot Cafe dan Grand Patio.
Promosi Yee Sang kegemaran ramai sepanjang zaman kembali lagi. Seperti yang diketahui, acara lambungan Yee sang yang diadakan setiap tahun menandakan kemakmuran dari segi kejayaan, kesihatan dan umur yang panjang buat komuniti Cina secara umum.

Terdapat aneka pilihan Yee Sang yang lazat terdiri daripada menu-menu seperti Happiness Prosperity Abalone & Pear yang mewah, Happiness Prosperity Smoked Salmon, Happiness Prosperity Tempura Prawns & Salmon Skin, Happiness Prosperity Crispy Soft-Shell Crab & Salmon Skin, serta Happiness Propserity Japanese Baby Octopus & Jellyfish yang pasti akan memenuhi selera para tamu.
Hidangan Yee Sang tahunan ini boleh didapati dalam hidangan saiz kecil atau besar untuk jamuan makan tengah hari dan makan malam. Harga pula bermula dari RM98 (bersih).


Mereka juga menyediakan pelbagai set menu pilihan untuk perayaan Tahun Baru Cina. Set menu bermula dari harga RM1,188 hingga RM1,488 setiap meja untuk 10 orang. Tidak dilupakan set menu ‘vegetarian’ juga boleh didapati pada harga RM1,188 setiap meja untuk 10 orang. Tempat makan peribadi boleh didapati di Grand Patio dari 28 Januari hingga 11 Februari 2025.
Buffet boleh didapati di Melting Pot Cafe semasa tempoh perayaan Tahun Baru Cina.
Tidak dilupakan juga bufet malam Tahun Baru Cina seperti berikut :
Makan Malam Bufet Malam Tahun Baru Cina, Selasa 28 Januari 2025
- RM111 setiap seorang dewasa
- RM88 setiap seorang warga emas
- RM 56 setiap kanak-kanak (5-12 tahun)
Bufet Hi Tea Hari Tahun Baru Cina, Rabu 29 Januari & Khamis 30 Januari 2025
- RM 88 setiap seorang dewasa
- RM70 setiap seorang warga emas
- RM44 setiap seorang kanak-kanak (5-12 tahun)
Layari laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut di sini.