Menjelang penghujung tahun, ramai mula mencari ruang untuk berehat seketika daripada kesibukan rutin harian.
Ada yang memilih percutian singkat bersama keluarga, manakala tidak kurang juga yang mahu menutup tahun dengan pengalaman menjamu selera dan sambutan istimewa bersama insan tersayang.
Bagi mereka yang merancang untuk menikmati suasana hujung tahun tanpa perlu pergi jauh, Le Méridien Putrajaya memperkenalkan kempen A Season To Savour, yang menghimpunkan pengalaman penginapan, sajian bermusim dan aktiviti perayaan sepanjang November hingga Disember ini.
Antara yang ditawarkan ialah pakej penginapan Savour The Holidays, sesuai untuk mereka yang mahu menikmati percutian singkat dalam suasana lebih santai.
Pakej ini merangkumi minuman alu-aluan di Latitude 02, kemudahan perayaan di dalam bilik, sarapan untuk dua orang serta kredit makan bernilai RM200 sehari yang boleh digunakan di semua restoran hotel, termasuk perkhidmatan makan di dalam bilik.
Menariknya, kredit tersebut memberi lebih kebebasan kepada tetamu untuk menikmati pelbagai pilihan sajian sepanjang penginapan tanpa perlu tergesa-gesa merancang aktiviti di luar hotel.
Hidangan bermusim dan sajian petang yang menggoda selera

Bagi penggemar pengalaman gastronomi, Latitude 02 turut memperkenalkan La Fête Afternoon Tea yang disajikan setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang.
Antara hidangan yang ditawarkan termasuk Turkey & Brie Croissant Sandwich, Smoked Salmon Quiche, Raspberry Tartlet dan Kunafa Tiramisu dalam balang kaca, diiringi pilihan teh atau kopi.

Sementara itu, Latest Recipe menyediakan bufet antarabangsa dengan pilihan hidangan istimewa musim perayaan seperti Pistachio-Crusted Rack of Lamb, Slow-Braised Beef Short Rib with Aromatic Coffee Spice Rub dan Traditional Christmas Roast Turkey.
Pengunjung juga boleh mencuba Chocolate Kunafa Pistachio Yule Log Cake sebagai pelengkap sajian.
Bagi yang lebih selesa meraikan Krismas di rumah, hotel ini turut menyediakan pilihan hidangan untuk tempahan awal, termasuk Christmas Roast Turkey bermula RM680, Signature Beef Wellington pada harga RM390 dan Roast Australian Boneless Leg of Lamb pada harga RM360.
Koleksi Christmas Goodies turut ditawarkan sepanjang Disember, dengan pilihan biskut perayaan bermula RM18 dan kek bersaiz penuh terpilih daripada RM138.
Wander Into 2027: Sambut tahun baharu dengan lebih meriah
Kemuncak kempen ini ialah sambutan malam tahun baharu menerusi acara Wander Into 2027 pada 31 Disember 2026.
Malam tersebut bakal dimulakan dengan bufet istimewa di Latest Recipe sebelum suasana beralih ke Latitude 02 yang akan dimeriahkan dengan persembahan DJ, minuman dan hiburan menjelang detik tengah malam.
Tetamu berpeluang menikmati suasana lebih meriah apabila pertunjukan bunga api dirancang untuk memeriahkan detik peralihan tahun, sekali gus menyambut ketibaan 2027 bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi yang mahu menjadikan malam tersebut sebahagian daripada percutian hujung tahun, pilihan penginapan turut tersedia menerusi pakej Savour The Holidays. Sambutan kemudian diteruskan pada 1 Januari 2027 dengan hidangan New Year’s Day Brunch di Latest Recipe.
Menerusi A Season To Savour, Le Méridien Putrajaya menawarkan pilihan pengalaman untuk mengisi cuti hujung tahun, sama ada sekadar menikmati afternoon tea, meluangkan masa bersama keluarga menerusi sajian perayaan atau menyambut tahun baharu dalam suasana lebih istimewa.



Pakej penginapan tersedia sehingga 3 Januari 2027, manakala La Fête Afternoon Tea ditawarkan sehingga 30 Disember 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan tempahan, hubungi Le Méridien Putrajaya di talian +6012-823 4101 atau layari platform tempahan hotel.

