Common Man Coffee Roasters (CMCR), penyedia kopi khusus, akademi dan kafe berkonsep, melancarkan menu sepanjang hati yang memaparkan pilihan segar sajian menyelerakan yang dipertingkatkan dengan definisi baharu.

Ini termasuk hidangan sarapan pagi, sajian brunch kegemaran dan pelbagai pilihan sepanjang hari salad, sandwic dan hidangan utama dengan kelainan Common Man yang bersesuaian dengan program kopi khusus CMCR.

Sarapan Tengah Hari Sepanjang Hari Klasik dengan Definisi Baharu

Menerusi tiga cawangan di Singapura dan satu di Kuala Lumpur, sajian specialty coffee berkualiti jenama terkenal bersama brunch enak yang lain daripada lain, serta suasana yang santai pastinya akan memberikan pengalaman menikmati kopi yang berbeza kepada pencinta kafe.

“CMCR adalah mengenai kopi dan makanan hebat. Kami sentiasa berusaha menghasilkan karya-karya baharu untuk menarik selera rakyat Malaysia, selain memastikan ramuan terbaik digunakan untuk memberikan rasa yang membuatkan mereka ingin lagi. Tambahan terbaharu pada menu sepanjang hari ini juga berpadanan dengan kopi daripada sumber lestari kami yang dipanggang segar di Singapura serta disediakan oleh barista terlatih di Akademi CMCR,” kata seorang jurucakap CMCR.

Menu terbaharu ini terdiri daripada tiga tambahan baharu: Common Man Caesar [RM33], Umami Mushroom Avocado Toast [RM 32], dan Smashed Burger [RM45]

Hidangan Common Man Caesar menampilkan kelainan pada salad Caesar klasik. Daun Baby Romaine ranggup diberikan rasa tambahan dengan kubis Brussels hangus. Diikuti pula dengan sos salad Caesar buatan sendiri yang ditambah rasa dengan keju parmesan matang bagi rasa kaya dengan krim.

Keju stracciatella, dada ayam panggang dan serbuk roti sourdough menambah lagi tekstur dan rasa salad. Bagi menyempurnakan hidangan ringan ini, taburan empingan cili ditambah untuk sedikit rasa pedas.

Menu kedua adalah Umami Mushroom Avocado Toast. Roti sourdough focaccia bakar yang dibuat sendiri ditindas dengan avocado berkrim dan bergaram serta cendawan liar saute bersama sos berilhamkan teriyaki karya CMCR. Hirisan jeruk bawang, pucuk kacang pea dan minyak herba daripada potongan herba di dapur menambah lagi kesegaran hidangan sarapan pagi kegemaran yang juga pilihan sempurna untuk sebarang hari.

Untuk hidangan yang lebih berat, Smashed Burger adalah pilihan terbaik. Daging burger yang diperbuat daripada daging dikisar bersama sumsum tulang dan dimasak ala minute di atas plancha sehingga garing tetapi masih lembut berjus di dalam. Daging ini kemudian diapit antara dua ban brioche bakar, sos barbeku ubi bit dan bahan-bahan lain seperti keju cheddar dan jem bawang serta kentang goreng berherba sebagai hidangan sampingan.  

Menu ini juga memaparkan hidangan-hidangan popular seperti Common Man Fluffy Pancakes, Turkish Common Man Breakfast, Chili Chicken, Beef Cheek Eggs Benedict dan Common Man Full Breakfast. Kesemua sajian lazat ini berpadanan sempurna dengan specialty coffee gred artisan CMCR yang dibru oleh barista-barista bersemangat menggunakan biji kopi terkenal yang dipanggang CMCR di Singapura.

Bukan Kopi Biasa

Di CMCR, pengunjung akan dapat merasai program minuman khas yang menawarkan pelbagai pilihan istimewa gabungan biji kopi dan single origins atau biji kopi yang berasal daripada satu sumber, didatangkan dalam bentuk espresso dan kopi berpenapis. Ini termasuk house blend CMCE Espresso yang digemari ramai. Bagi mereka yang bersifat lebih berani, terdapat pilihan specialty coffee yang menyerlahkan lagi program single origin bermusim dan gabungan-gabungan kopi signature CMCR.

Daripada pilihan biji kopi ke kaedah bru dan peralatan yang digunakan, barista CMCR yang mesra sentiasa bersedia untuk membantu dan berkongsi pengetahuan mereka mengenai specialty coffee bersama pelanggan.

Di samping itu, CMCR juga mengendalikan Akademi CMCR Kuala Lumpur, menyampaikan program latihan mendalam kepada mereka yang berminat untuk mempelajari cara terbaik untuk memanfaatkan specialty coffee yang ada. Akademi itu juga berperanan sebagai saluran perkongsian ilmu dan minat bagi produk berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut serta menyertai kelas yang disediakan, layari laman web. Sebagai alternatif, ikuti laman Facebook (@commonmanKL) dan Instagram (@commonmancoffee_kl) atau menghubungi talian 03-77317095  atau e-mel ke  info@cmcroasters.com.

Ayuh, kunjungi kafe CMCR di Plaza Vads, Taman Tun Dr Ismail untuk merasai pengalaman menjamu selera serba baharu. Kafe berkenaan dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari biasa dan 8 pagi hingga 6 petang pada hujung minggu.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *