[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” min_height=”2741px”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” min_height=”2635px” custom_margin=”-72px|||||”]

Sempena dengan kehadiran tahun baru ini, apa kata anda raikan dengan sempurna di Desaru Coast, Desaru, Johor. Selain menikmati percutian menyeronokkan, anda juga boleh manjakan lidah dengan pelbagai hidangan menyelerakan.

Terdapat beberapa pilihan menanti anda.

1) Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Alami kemewahan secara santai di pinggiran pantai yang indah di Anantara Desaru Coast Resort & Villas – pusat peranginan Anantara Resort & Spa yang pertama di Malaysia.

Nikmati penginapan mewah 3H/2M termasuk pengalaman di Desaru Coast dan makan malam gourmet tiga hidangan untuk dua orang dengan hanya RM1,999, tempoh sah sehingga Jun 2021.

Inilah dia pakej percutian yang dicari-cari untuk dihadiahkan kepada diri anda sendiri atau keluarga anda!

Menampilkan pemandangan Laut China Selatan yang mempesonakan, pusat peranginan ini menawarkan pelbagai aktiviti dan juga santapan kulinari di musim percutian ini.

Sambut tahun baru dengan bergaya dan mewah dengan hidangan bufet, Grand New Breakfast di Turmeric Restaurant. Pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai citarasa yang elegan daripada budaya kulinari yang berkepelbagaian dari Malaysia dan Thailand.

 2) Makan sepuas hati di restoran-restoran yang terdapat di The Westin Desaru Coast

 The Westin Desaru Coast menyediakan pelbagai juadah dengan citarasa gastronomi yang lain daripada yang lain untuk dinikmati oleh semua.

Nikmati makan malam 4 hidangan di Prego – restoran Itali terkemuka di pusat peranginan ini. Menampilkan pilihan pasta buatan tangan yang segar, roast turkey roulade atau grilled Angus tenderloin, makan malam 4 hidangan istimewa ini boleh didapati pada malam ambang Krismas, Hari Krismas dan tahun baru.

Selain itu, anda juga boleh membawa keluarga anda untuk menikmati hidangan makan malam tahun baru yang disediakan oleh Seasonal Tastes yang menampilkan hidangan tradisional Krismas yang menjadi kegemaran ramai seperti Cranberry Glazed Whole Turkey, Roasted Angus dan banyak lagi.

3) Nikmati hidangan sambil berhibur di Hard Rock Hotel Desaru Coast 

 Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) menepati semua ciri-ciri pengalaman percutian yang menggembirakan.

Dilengkapi 365 buah bilik hotel dan bilik mewah dengan balkoni yang diinspirasikan oleh dunia muzik, hotel ini membawakan pengalaman bermalam yang cukup mengujakan.

Mulai 21 sehingga 31 Disember 2020, HRHDC bakal menawarkan hidangan makanan dan minuman eksklusif termasuk makan malam bufet di malam ambang Hari Krismas, set makan tengahari 4 hidangan pada Hari Krismas dan makan malam bufet pada malam Ambang Tahun Baharu.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *