Menu
Rasa & Savour

Carte D’Or, Aiskrim Premium Dari Perancis Temui Rakyat Malaysia

Rasai kelazatan yang mengasyikan dalam setiap suapan dengan Carte D’Or, tawaran terbaharu bagi rangkaian aiskrim premium Wall’s Malaysia.

Ditubuhkan pada 1978, Carte D’Or merupakan jenama manisan yang berkualiti dari Paris dengan warisan kemahiran profesional turun-temurun serta dihasilkan daripada pelbagai bahan asli yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia.

Rangkaian aiskrim Carte D’Or mempunyai empat perisa istimewa iaitu Dark Chocolate Truffles, diperbuat menggunakan coklat Itali premium, French Vanilla Crème Glace, diperbuat menggunakan vanila Madagascar, Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles, diperbuat menggunakan badam Australia dan Glace à La Strawberry, diperbuat menggunakan potongan strawberi.

Dengan sedikit kuasa imaginasi, kesedapan coklat itali yang sangat memikat deria rasa ini mampu membawa anda ke Itali malah terus ke negara tropika Madagascar apabila merasai keunikan vanila Madagascar.

Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal memberitahu pihaknya berharap rangkaian aiskrim Carte D’Or ini dapat menjadi penghubung silaturahim ketika rakyat Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid19.

“Keletihan dalam mengharungi pandemik pada masa kini menyebabkan ikatan perhubungan semakin renggang dan interaksi sesama kita kian berkurangan serta menjauh. Oleh itu, rangkaian aiskrim Carte D’Or ini diharap dapat menjadi penghubung silaturahim, menerusi keenakan rasanya yang sungguh menakjubkan.”

“Di samping itu, seleksi aiskrim premium ini juga dihasilkan sebagai pelengkap yang cukup sempurna untuk makan malam dan majlis keraian yang mana kita boleh menikmati aiskrim ini dengan begitu sahaja atau menyuntik kreativiti spontan dengan mempelbagaikannya dalam hidangan manisan kita,” ujar beliau.

Jadilah antara yang terawal menikmatinya

Aiskrim Carte D’Or kini boleh didapati secara eksklusif di Jaya Grocer, Lazada, Shopee, GrabFood and Foodpanda, kedai e-dagang dan rakan penghantaran makanan, serta bakal memasuki pasar raya dan pasar raya besar yang terdekat dengan anda di seluruh negara mulai Ogos ini.

Carte D’Or juga menjalin kerjasama dengan kafe manisan ternama, Xiao By Crustz, untuk memperkenalkan manisan edisi terhad menggunakan aiskrim Carte D’Or yang mewah.

Terdapat empat manisan istimewa yang dihasilkan daripada empat perisa aiskrim Carte D’Or yang berbeza iaitu Chocolate Ice Cream Macaroon, Vanilla Mango Ice Cream Dome, Caramel Ice Cream Choux dan Strawberry Ice Cream Pistachio Cake.

Manisan edisi terhad ini hadir dalam set dua dan empat, dan pelanggan boleh melakukan pembelian terus di kafe cawangan Happy Mansion atau secara dalam talian melalui laman web Xiao By Crustz.

Pastikan anda melayari laman web rasmi Carte D’Or Malaysia di https://www.joyatparty.com.my/carte-dor-ice-cream/ dan halaman Facebook rasmi Wall’s Malaysia di https://www.facebook.com/wallsmalaysia/ untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian aiskrim Carte D’Or.

No Comments

    Leave a Reply