Baru-baru ini Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) Amerika Syarikat, bekerjasama dengan dua pakar pemakanan yang diperakui untuk menjelaskan manfaat pemakanan dan serbaguna Kismis California untuk perayaan Hari Raya.
Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak. Fasa PKP ini sebenarnya membuka peluang rakyat Malaysia untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung.
Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
- Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
- Gunakan susu rendah lemak
- Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
- Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
- Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
- Pilih makanan yang sihat.
- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
- Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula
Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.
Cik Nurul Aziah Musa, pakar pemakanan bertauliah memberi komen “Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan”
Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.
Cik Nurul bersambung “Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.”
Sementara itu Cik Rushda Adiba Ismail, seorang pakar diet dari KPJ Damansara Hospital berkongsi “Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan”.
Beliau bersambung “Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan. Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi.”
Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.
Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenaifakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org