Ramadan adalah masanya untuk refleksi diri, bersyukur, dan merapatkan hubungan sesama keluarga dan sahabat. Sudah menjadi tradisi, ramai yang menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berkongsi rezeki dengan mencuri masa untuk berbuka puasa bersama orang yang tersayang.
Bagi memeriahkan bulan mulia ini, Maria’s SteakCafe memperkenalkan semula menu bermusim mereka yang popular.
Menu ini akan tersedia dari 1 Mac hingga 30 April 2025, di mana setiap satunya direka untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan ketika berbuka puasa atau menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menu ini direka untuk hidangan berkumpulan, dengan sajian bertingkat yang melambangkan kemewahan rasa yang pelbagai.
Setiap tingkat disusun dengan penuh teliti, bermula dengan pembuka selera istimewa, diikuti dengan hidangan utama yang lazat, dilengkapi dengan hidangan sampingan yang menambat selera.

Menu Ramadan raya ini tersedia dalam pilihan daging lembu dan bukan daging lembu, untuk dua atau empat orang, sesuai dengan pelbagai selera dan saiz kumpulan.
Selain mempersembahkan buah kurma untuk pembuka selera, set ini juga hadir dengan minuman Sirup Bandung Laici yang semestinya menghilangkan dahaga dan menyegarkan tekak.

Mulakan sesi menjamu selera dengan hidangan pembuka selera, kupang pedas dalam sos tomato bersama roti bawang putih rangup.


Hidangan utama seterusnya menawarkan gabungan sempurna rasa barat dan malaysia, dengan Maria’s signature Air Asam dan sos percik yang dihidangkan di sisi untuk menambah kelazatan pengalaman makan.
Untuk set daging lembu empat orang, nikmati potongan premium seperti Striploin Argentina dan potongan bebiri New Zealand.
Tetamu yang ingin merasai pengalaman lebih mewah boleh menaik taraf stik mereka kepada Black Angus Ribeye, Wagyu MB7 Tenderloin, atau Wagyu MB9 Ribeye.


Set bukan daging lembu pula menawarkan ikan salmon panggang potongan bebiri New Zealand, dengan pilihan untuk menaik taraf kepada Ikan Kod Atlantik goreng kilas.
Jika anda hanya meluangkan masa dengan yang tersayang, pilihlah set untuk dua orang yang menawarkan pilihan ikan salmon panggang atau Argentinian Striploin, dengan pilihan naik taraf yang sama.
Jika masih berselera, boleh juga pesan pelbagai pilihan hidangan sampingan serta pencuci mulut menyelerakan.
Hidangan sampingan ini termasuklah bawang goreng bersalut tepung, kentang panggang dan sayur tumis. Manakala untuk set empat orang, terdapat tambahan Steak Fries yang rangup.
Untuk melengkapkan hidangan dengan rasa manis, kek coklat lembap adalah hidangan penutup yang sempurna.
Set Ramadan Raya ini ditawarkan pada harga dari RM240++ untuk dua orang dan RM565++ untuk empat orang. Ia tersedia di semua cawangan Maria’s SteakCafe di sekitar Lembah Klang.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Maria’s SteakCafe di +6017 902 0339 atau lawati www.marias.com.my.