Menu
Rasa & Savour

Nikmati Kelazatan Perisa Barbeku Terbaru di KFC

KFC Malaysia membawa semangat pembaharuan sempena kedatangan tahun baru ini dan menjemput para pelanggan untuk mencuba sebuah hidangan yang unik buat pertama kalinya, iaitu KFC White BBQ Crunch! Ciptaan ini memberi kelainan kepada hidangan barbeku biasa dengan sentuhan baharu menerusi sos BBQ berwarna putih.

Dibawakan khas buat masa terhad, hidangan bersama sos White BBQ ini memberi keenakan yang berbeza, berbanding sos barbeku berwarna merah atau coklat yang lebih dikenali ramai. Ianya menampilkan kelazatan perisa barbeku salai yang digemari ramai tetapi di dalam versi sos BBQ berwarna putih yang pastinya menambat selera. Sos White BBQ ini dicurah ke atas ayam goreng KFC Hot & Spicy yang disaluti dengan sos merah istimewa, menghasilkan gabungan rasa salai, manis, masam, dan pedas di dalam satu gigitan rangup.

“KFC White BBQ Crunch merupakan olahan unik kepada ayam goreng KFC kegemaran ramai dan dicipta khas untuk sambutan perayaan kali ini. Dengan salutan Hot Sauce ke atas ayam goreng Hot & Spicy, dilengkapi dengan sos Smoky White BBQ, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman makan yang mengasyikkan dan tidak harus anda lepaskan!” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

Kemeriahan tahun baru ini juga diwarnai dengan hidangan KFC bucket istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. KFC Celebration Bucket kembali bagi musim perayaan ini, bersama sampingan udang empuk keemasan – KFC Shrimp Poppers.

“Hidangan KFC Bucket telah membawa pelbagai kenangan manis di meja makan buat pelbagai generasi di Malaysia. Kami berharap KFC Celebration Bucket bersama hidangan udang rangup KFC Shrimp Poppers terbaharu ini akan memberi lebih kemeriahan kepada sambutan perayaan anda.” tambahnya.

KFC White BBQ Crunch boleh didapati dalam set kombo 2 ketul atau 3 ketul ayam bersama hidangan sampingan dan minuman, atau Box Meal yang dilengkapi dengan Zinger Burger. Manakala, KFC Shrimp Poppers didatangkan bersama Celebration Bucket dan boleh dinikmati di dalam bentuk a la carte dengan harga bermula daripada RM5.90.

KFC White BBQ Crunch dan KFC Celebration Bucket dengan Shrimp Poppers hanya boleh didapati buat masa yang terhad. Jadi singgah ke restoran KFC berhampiran anda hari ini, atau pilih kemudahan ‘self-collect’, mahupun khidmat penghantaran dengan memesan menerusi aplikasi KFC atau KFC.com.my!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

No Comments

    Leave a Reply