Dipentas dunia, makanan tradisi sering melambangkan keunikan sesebuah negara. Jika Malaysia dikenali dengan nasi lemak, Jepun dengan sushinya, begitu juga dengan United Kingdom yang popular dengan fish & chips nya. Antara restoren fish & chips popular di United Kingdom adalah Harry Ramsden.  

Harry Ramsden yang mendapat jolokan “World Famous Fish & Chips” kini telah dibuka di Sky Avenue, Resort World Genting pada Januari 2019. Menggunakan nama The Laughing Fish by Harry Ramsden, menjadikannya sebagai restoren fish & chips pertama di Resort World Genting dan Malaysia.

Berkonsepkan British Pub, ianya terletak di tingkat 4, Sky Avenue Mall dan berkeluasan lebih dari 3,000 kaki persegi ini menekankan rekaan tradisional English serta family-friendly, pastinya ia mampu menarik ramai peminat Harry Ramsden dan fish & chips secara amnya. Selain itu juga terdapat ruang takeaway disediakan untuk pelanggan yang ingin membawa pulang makanan mereka. 

Menu utamanya disini pastinya fish & chips yang disaluti dengan tepung adunan khas yang direka oleh Harry Ramsden semenjak tahun 1928. Pelanggan boleh memilih dua jenis ikan untuk fish & chips mereka iaitu Cod dan Haddock yang dihidangkan bersama sos kacang peas atau sos kari. Lebih menarik lagi sos kari untuk fish & chips hanya terdapat di Malaysia sahaja. Terdapat tiga pilihan size disediakan iaitu sederhana, besar dan legendary.

Oleh kerana setiap ikan disaluti dengan tepung adunan khas dan untuk menjamin rasa dan kelazatan yang sama, pihak Resort World Genting menghantar chef mereka sendiri iaitu Chef Mohanakrishna Nadarajah ke United Kingdom untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi penyediaan fish & chips yang popular tersebut. Menurut Chef Mohan, ikan yang digunakan juga ditangkap segar dari Laut Barents dan Laut Norway.

Selain fish & chips, terdapat pelbagai menu lain disediakan di The Laughing Fish by Harry Ramsden, antaranya adalah Laughing Prawn Cocktail dan Salt and Pepper Fried Calamari untuk pembuka selera. Bagi peminat burger pula, pelanggan boleh mencuba Cod Burger atau Open Face Roasted Chicken Sandwich. Selain itu terdapat Grilled Beef Bangers dan Piri Piri Chicken Leg di dalam menu mereka juga.

Kami dihidangkan dengan Sharing Platter untuk pembuka selera, Cod Fish & Chips bersize legendary, Grilled Beef Bangers serta Sticky Toffe Pudding untuk manisan. We put aside Sharing Platter, fokus utama adalah pada ikan Cod yang disaluti oleh adunan tepung yang rangup menjadi perhatian kami. Bukan sahaja luarnya rangup, malah isi ikan Cod tersebut juga lembut. Tidak hairan lah kenapa Harry Ramsden dikenali sebagai World Famous Fish & Chips since 1928. Sos kacang peas juga menambahkan lagi keenakan fish & chips tersebut. Grilled Beef Banger tidak kurang enaknya. A typical British pub food, Grilled Beef Bangers ini dihidangkan bersama kentang putar yang lembut dan sos lada hitam.

Kami akhiri sesi food review di The Laughing Fish by Harry Ramsden dengan Sticky Toffee Pudding yang dibuat sendiri oleh chef mereka. Mereka juga menyediakan refreshing Rose Lemonade sebagai minuman utama.

Sejujurnya, jika anda peminat fish & chips, The Laughing Fish by Harry Ramsden sepatutnya menjadi your top priority untuk sesi makan bersama teman dan keluarga sekiranya ke Resort World Genting. For new comer, the fish & chips from Harry Ramsden pastinya akan menjadi kesukaan anda.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *