Pasukan di Shell deli2go telah mencipta sesuatu yang menarik di dapur mereka! Terkenal sebagai destinasi popular perjalanan untuk hidangan cepat dan segar sejak tahun 2013, deli2go telah memperkenalkan menu terbaru mereka. Dengan hidangan panas dan lazat yang boleh didapati pada bila-bila masa sepanjang hari, para pelanggan kini boleh menikmati pelbagai hidangan dengan citarasa Malaysia dengan kelainan yang unik.

Bertemakan “Layan Panas-Panas”, menu makanan panas baharu ini menampilkan ‘croffle’ istimewa mereka, Ayam Masak Merah Mac n Cheese (untuk rasa yang lebih pedas) dan pilihan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak, Meatball Bolognese Mac and Cheese. deli2go turut menawarkan pilihan tanpa daging, dengan tawaran terkini mereka termasuk Asam Pedas Pasta dan Satay Wrap.

Satay Wrap telah diusahakan bersama Nestle Professional menggunakan ketulan yang berasaskan tumbuhan yang dibakar Harvest Gourmet dan disaluti dengan sos satay kegemaran Malaysia; sesuai untuk dimakan di mana-mana sahaja dan dipenuhi dengan kebaikan berasaskan tumbuhan. Semua hidangan ini disediakan di lokasi dan boleh didapati di semua kedai deli2go* di Malaysia.

“Kami sentiasa berusaha dan memastikan stesen-stesen Shell kami menjadi lokasi yang mudah dikunjungi untuk para pelanggan kami; bukan sahaja sebagai sebuah tempat untuk mengisi minyak, tetapi juga untuk mendapatkan makanan sedap yang berkualiti tinggi. Melalui deli2go, Shell komited untuk menawarkan hidangan hangat, tambahan tenaga, dan pengalaman gastronomi yang memuaskan kepada rakyat Malaysia. Memandangkan kehidupan sibuk orang ramai yang memerlukan lebih banyak masa untuk bergerak, matlamat kami adalah untuk menjadikan deli2go sebagaii lokasi perhentian terbaik untuk para pelanggan sebelum mereka
meneruskan perjalanan,” Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia & Singapura.

Bersempena dengan pelancaran menu baru ini, deli2go akan menyajikan sampel hidangan panas PERCUMA kepada rakyat Malaysia menerusi siri trak Layan Panas-Panas dengan memberi rakyat Malaysia sampel hidangan panas.. Jelajah tersebut akan bermula di Taman Tun Dr Ismail seterusnya akan menyambung perjalanan mereka merentasi Semenanjung Malaysia dan berhenti di 70 tempat popular tempatan dan stesen stesen Shell dari 25 April hingga 5 Jun 2022.

“Memandangkan kebanyakan orang ramai akan pulang ke kampung semasa musim Raya, kami ingin memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengalami rasa eksklusif menu baharu ini. Jejaki trak Layan Panas-Panas berdekatan anda dan kru kami akan meyediakan hidangan percuma kepada orang ramai,” tambah Seow.

Selain daripada merasai menu menarik ini secara percuma, para pelanggan yang mengambil gambar dengan trak istimewa ini berpeluang untuk mendapat baucar yang boleh ditebus apabila membeli hidangan panas baharu di stesen deli2Go terdekat sehingga akhir bulan Julai. Para pelanggan juga boleh menebus hidangan panas deli2go terpilih menggunakan mata Kilometer (KM) mereka dengan minyak sebagai mata wang melalui kempen terbaru Shell, ‘Ekstra KM Belanja’ dari 1 Mei hingga 10 Julai. Para pelanggan akan diberi ganjaran dengan lebih KM, lebih apabila mereka mengisi minyak dan berbelanja di stesen Shell.

Kecur air liur dengan menu terbaru deli2go? Catatkan jelajah trak Layan Panas-Panas dalam kalendar anda atau kunjungi salah satu daripada 380 cawangan deli2go di seluruh negara untuk mencuba sendiri menu baharu ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.shell.com.my/motorists/insideourstations/deli2go.html
*Menu baru ini boleh didapati di kedai-kedai deli2go terpilih

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *