Dengan bantuan Kismis California, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang boleh dicuba seperti tertera di bawah..
PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DAN SOS KASTAD (Resepi Nurul Aziah Musa)
Bahan-bahan Puding Roti
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Sos Kastard
Susu segar 400 ml
Air 50 ml
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard
Cara Penyediaan Puding Roti
1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
2) Tambah 3 biji telur
4) Masukkan mentega yang dicairkan
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
10) Taburkan Kismis California
10) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius
Cara Penyediaan Sos Kastard
- Tuangkan susu segar
- Masukkan air
- Tambah gula
- Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
- Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api
Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.
_______________________________________________________________________
DADIH DENGAN SOS MANGGA DAN KISMIS CALIFORNIA (Resepi Nurul Aziah Musa)
Sos Buah Mangga dan Kismis California
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
½ biji mangga puree
Bahan Dadih
2 cawan air
10 g serbuk agar-agar
1 litre susu segar
3 sudu makan gula perang
Cara Penyediaan Dadih
- Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
- Masukkan susu segar dan gula
- Apabila sudah mendidih tutup api
- Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
- Masukkan ke dalam peti ais
Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
- Kisar mangga hingga menjadi pureed
- Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib
Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.
________________________________________________________________________________
SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA (Resepi Rushda Adiba Ismail)
Masa Penyediaan: 10 minit
Bahan-Bahan
- 60 gm Kismis California
- Daun salad (merah dan hijau)
- Ceri tomato
- Lobak merah, hiris panjang
- Sos salad (thousand island dressing)
- Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
- Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
- Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.