Sempena bulan Ramadan, Marks & Spencer (M&S) telah melancarkan kempen terbaharu mereka; satu penghormatan kepada nilai kebersamaan dan kegembiraan. Kempen yang menyejukkan hati ini memaparkan para pelakon dan ibu, Juliana Evans dan Tasha Shilla menggayakan persalinan lebaran dan menikmati pelbagai juadah yang lazat bersama-sama insan tersayang.
Memperkenalkan rangkaian tawaran premium, M&S ingin menambahkan keceriaan Hari Raya anda dengan makanan yang menyelerakan, pencuci mulut yang lazat, dan pakaian yang elegan. Koleksi Raya M&S dipenuhi dengan khazanah yang menyeronokkan, hanya menanti untuk ditemukan oleh mereka yang ingin menciptakan kenangan manis yang akan diingati selama-selamanya.
Gabungan Gaya Anggun dan Keselesaan
Koleksi fesyen Ramadan M&S sesuai untuk seisi keluarga, tanpa mengorbankan gaya dan keselesaan. Hari Raya ini, serlahkan gaya fesyen anda seperti Juliana dan Tasha dengan corak terang dan warna yang ceria. Gaya yang sederhana namun tak lapuk dek zaman sungguh versatil, namun tetap anggun dan sofistikated – sesuai untuk pemakaian dari siang ke malam dengan begitu mudah.
Bermula dari 7 sehingga 24 April, pembeli boleh menunjuk gaya hebat dengan harga yang berpatutan melalui promosi Spend and Save Marks & Spencer. Nikmati potongan RM50 untuk setiap perbelanjaan RM350, serta diskaun RM100 untuk setiap perbelanjaan RM600.
Seleksi Wajib Hari Raya
Rumah terbuka Hari Raya tidak lengkap tanpa hidangan manis dan savoury. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti biskut, snek serta pencuci mulut yang sesuai untuk dijamukan untuk tetamu yang datang beraya. Antara pilihan adalah seperti Digestive Biscuits, Rich Tea Biscuits dan Almond Biscuits. Selain itu, dengan pembelian
tiga atau lebih pek biskut berkualiti tinggi ini, anda boleh menjimatkan 15%. Untuk pencuci mulut pula, antara yang menjadi pilihan adalah Cheese Twist, Redcurrant Puff dan Belgian Chocolates yang dibuat dengan bahan-bahan premium serta jangan rangkaian mini bites Marks & Spencer seperti Chocolate Brownie, Chocolate & Orange dan Chocolate Cornflakes, yang dijamin dapat mengukir senyuman di wajah tetamu anda. Dengan promosi beli dua pada harga RM57 (mix and match), tetamu anda tentunya akan puas hati dengan pilihan pelbagai perisa yang menarik.
Berkat Berkongsi Rezeki
M&S menawarkan set hamper yang dipilih susun khas dengan pelbagai item kegemaran ramai. Para pembeli boleh pilih antara 7 pilihan hamper, seperti Festive Treat, Raya Selection, Fancy Treats, Luxurious Selections, Extravagant Selections, Lavish Indulgence (dalam gambar) dan Delightful Opulence. Hamper ini berharga antara RM199 dan RM999. Hamper edisi terhad ini boleh dibeli secara dalam talian di https://www.mnshamper.com/ serta di stor M&S seluruh negara bermula 22 Mac. Selain itu hanya di M&S Suria KLCC, setiap perbelanjaan serendah RM280 dapat memenangi pelbagai hadiah dan tawaran yang menarik.