Bertempat di Melo Cafe & Deli, The Pearl Kuala Lumpur menawarkan makan malam bertemakan “King of Grill BBQ Buffet Dinner” yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang diperap menggunakan sos istimewa dan di bakar dengan sempurna.
Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan istimewa untuk dipilih, semuanya sudah tersedia untuk dinikmati. Antara menu seafood Grill yang wajib anda cuba ialah Mongolian Lamb Shoulder, Paprika with herb Mini Beef Steak, Ginger Chilli Butter Fish wrapped in banana leaf, Korean-style boneless chicken, Kam Heong Squid, Smoked BBQ Tiger Prawns, Cajun Green Mussels, Chicken Beef sausages yang di bakar dengan sempurna.
Selain daripada hidangan makanan laut segar, The Pearl juga turut menyajikan sajian Jepun yang lazat seperti Chicken & Beef Teppayanki, Salmon Sashimi, Miso Sup, Chawanmushi, Japanese Gyoza. Turut disediakan ialah aneka pembuka selera, aneka salad, tiram segar, Pizza, menu utama, pencuci mulut dan pelbagai menu menarik yang lain!
Harga bermula dari RM118+ untuk dewasa dan Rm68+ untuk kanak kanak berumur bawah 12 tahun. Untuk tempahan, sila hubungi no telefon tertera atau whatsapp:
03-7983 1111 ext: 3203
016 331 9375 or https://wa.link/96z6pi
E-mel: enquiry@pearl.com.my
Laman Sesawang:
www.pearl.com