Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola teruja mengumumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat: Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet. Menariknya setiap hidangan adalah hasil gabungan produk asli mereka yang amat digemari ramai, semestinya mencipta pengalaman rasa baharu yang hebat.


Dilancarkan pada 1 Ogos 2023, kempen selama sebulan ini menjanjikan pengalaman rasa luar biasa yang
tidak dapat dilupakan buat pencinta pizza dan kepak ayam. Kami bereksperimen lebih empat bulan untuk
mereka dan menambah baik resepi gabungan ini untuk menampilkan padanan rasa yang sempurna. Usaha
keras ini berjaya menghasilkan dua rasa sensasi unik Pizza Hut dan Coca-Cola dalam setiap gigitan.


Hawaiian Cola Pizza menggabungkan Hawaiian Chicken Pizza kami yang terlaris di pasaran dengan sos khas
yang dihasilkan daripada soda Cola yang disukai ramai. Kami yakin peminat pizza akan jatuh cinta dengan
kombinasi pedas dan savuri, bersama percikan Cola. Manakala Krispy Cola Wingstreet menampilkan kepak
ayam berjus dengan ramuan istimewa soda Cola, yang pastinya mencipta deria rasa yang tak mampu
dilupakan.


Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata “Kami berbesar hati untuk mencipta
bersama tawaran baharu yang menarik ini dengan Coca-Cola. Pizza Hut dan Coca-Cola adalah kedua-dua
jenama yang sentiasa memacu inovasi dan inilah sebabnya kedua-dua jenama kekal menjadi kegemaran
setiap lapisan masyarakat.


“Kombinasi mendorong kreativiti, lebih-lebih lagi dalam bereksperimen dengan perisa yang digemari
ramai. Oleh itu, ciptaan unik ini adalah bukti nilai kebersamaan kami dalam mencari kepuasan dan
kegembiraan pelanggan kami,” katanya.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura, Malaysia, dan Brunei,
Tolga Cebe berkata kolaborasi antara dua jenama itu amat dinanti-nantikan.


“Sekian lamanya Pizza Hut telah memberikan kualiti unggul dalam setiap usaha mereka dan hal itu
menyamai nilai kami yang sangat mengutamakan pengalaman pelanggan.


“Terkenal sebagai jenama terkemuka dalam bidang masing-masing, Coca-cola dan Pizza Hut adalah
gabungan yang sempurna. Dengan tawaran baharu yang unik ini, pelanggan boleh menikmati kedua-dua
perisa dalam satu hidangan yang menyelerakan. Inilah Real Magic antara Coca-cola dan Pizza Hut,”
katanya.

Untuk menyemarakkan lagi keterujaan, sebuah mesin layan diri khas akan dipasang di lokasi yang dirahsiakan di sekitar Lembah Klang. Sudah pasti ada kejutan yang menanti buat peminat yang menggunakan mesin layan diri ini, sekaligus menambahkan lagi keseronokan pengalaman itu.


Tersedia di kesemua 453 buah restoran Pizza Hut di seluruh negara, rangkaian Pizza Hut X Coca-Cola boleh
dinikmati sebagai sebahagian daripada kombo Pizza Hut MyBox, kombo Huts Meal atau Kombo WingStreet dengan tambahan RM3.90 untuk setiap set. Promosi ini tersedia untuk ‘dine in’, bawa pulang dan penghantaran yang boleh dipesan melalui Aplikasi Pizza Hut, www.pizzahut.com.my atau melalui platform penghantaran makanan popular sedia ada.

Maklumat lanjut mengenai lokasi mesin layan diri khas dan kemas kini mengenai kempen Pizza Hut X Coca-
Cola, peminat kedua-dua jenama ini boleh mengikuti Facebook rasmi Pizza Hut Malaysia

(www.facebook.com/PizzaHutMalaysia ) dan Instagram (www.instagram.com/PizzaHutMalaysia ).


Jangan terlepas! Kunjungi restoran Pizza Hut berdekatan anda mulai 1 Ogos 2023 hingga 15 September
2023 untuk alami sendiri Cola-boration yang luar biasa, gabungan dua jenama yang paling digemari di
Malaysia – mencipta pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Share:
,
You may also like
Latest Posts from Travellah