Kegemaran peminat setia KFC – Zinger, kini menjadi tumpuan sekali lagi dengan olahan terbaru terhadap fillet ayam yang rangup dan empuk ini. Walaupun dikenali sebagai hidangan burger, namun Zinger kali ini tampil berbeza.

Berslogankan “Zinger Like Never Before”, KFC Zinger Chop diinspirasikan daripada chicken chop – salah satu makanan ala Barat kegemaran rakyat Malaysia. Diberikan sentuhan KFC yang sememangnya sedap hingga menjilat jari, Zinger Chop ini disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, lalu digoreng sempurna sehingga keemasan. Zinger panas yang baru dimasak ini digandingkan dengan Colonel Gravy mewah dengan rasanya yang asli, dimana
gabungan ini menghasilkan letusan rasa yang memuaskan.

Untuk lebih nikmat, KFC Coleslaw masam manis yang sejuk dan segar menambahkan rasa keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy ini, dan turut dihidangkan bersama pilihan Crispier Fries atau Colonel Rice.
“Ianya merupakan hidangan lengkap yang dirumus khas daripada juadah-juadah KFC yang telah terbukti kesedapannya menjadikan Zinger Chop ini makanan comfort food yang pasti memuaskan selera anda. Zinger Chop terhasil dengan mengambil kira faktor ‘norma baharu’. Dalam situasi kini, kami bukan sahaja mahu memberikan ketenangan kepada para pelanggan melalui pelaksanaan SOP keselamatan dan kesihatan yang ketat, tetapi kami juga ingin terus menyajikan anda dengan tawaran juadah menarik. Dalam kita sibuk menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup, Zinger Chop
diolah istimewa untuk anda nikmati,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Dengan kebenaran operasi makan-di-restoran mengikut SOP yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, KFC telah membuka servis makan-di-restorannya secara berperingkat. KFC mamastikan keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan para pekerjanya terjaga dengan kepatuhan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.

Jadi, sediakan garpu dan pisau anda kerana KFC Zinger Chop telah dilancarkan hari ini dengan harga RM16.30 untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Ianya boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan-di-restoran, bawa pulang, self-collect, penghantaran, dan pandu-lalu.

Tambahan lagi, untuk lebih kesenangan dan lebih selamat, pilihlah khidmat ‘Contactless Delivery’ untuk pesanan dihantar terus ke rumah anda, dan khidmat ‘Contactless Self Collect’ untuk terus mengambil pesanan anda di restoran.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *