Kuala Lumpur memang terkenal dengan banyak tempat makan yang menawarkan sajian enak serta halal, namun terdapat beberapa restoran di hotel-hotel ternama bandar raya ini yang mengungguli senarai pilihan hidangan serta menu terbaik di situ.

Salah satu restoran yang semakin menjadi perhatian warga Lembah Kelang adalah Atas , Malaysian Modern Eatery yang terletak di hotel lima bintang terbaru KL iaitu The RuMa Hotel & Residences. Restoran ini menawarkan ajnas pilihan makanan Malaysia yang diberi sedikit sentuhan moden.

Mempertaruhkan konsep warisan selera dari setiap pelusuk negeri-negeri di Malaysia, ia bukan sahaja sesuai untuk makan tetapi juga tempat yang cantik untuk mengambil gambar.

Senireka dalamannya yang unik turut dihiasi dengan aneka bentuk hasil seni yang lebih kontemporari. Malah anak tangga menuju ke restoran ini berbentuk pusaran dari tingkat bawah hotel bersebelahan sebuah arca seni berbentuk kebaya.

Soal hidangan pula memang tidak mengecewakan sama sekali berkat sentuhan Chef Eksekutif mereka yang berasal dari Kanada, Tyson Gee (yang juga berdarah kacukan Cina).

Antara hidangan  pilihan tamu adalah sajian pembukanya seperti Pai Tee hati ayam bersama jem Roselle, Tomato Momataro,  Cured Ocean Trout dan Blue Tiger Prawn.

Tidak lupa juga hidangan utama seperti  ayam khas Cornfed Chicken, Lamb Shoulder iaitu sisi daging kambing yang lazat, dan juga udang panggang dengan sambal hijau yang digelar Charred King Prawn. Ini turut disertai nasi khas bercampur sayur iaitu Jasmine Rice Salad, jagung kecil dengan keju (Charred Baby Corn) dan juga pucuk paku masin atau Foraged Fiddle Head Ferns.

Satu lagi yang mesti dicuba sudah tentulah pencuci mulut unik mereka seperti, Coklat Gelap Pahang dengan sorbet aiskrim, Keju Kambing dengan Stroberi, serta aiskrim Durian dengan Gula Melaka.

Dengan lokasi pusat pelancongan serta membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur wajarlah untuk beristirehat sejenak dan mencuba hidangan yang tersedia di ATAS.

Bukan sahaja harga makanannya berpatutan dan senireka dalmannya ada cerita tersendiri tetapi kualitinya yang enak dan lazat menjadikannya pilihan yang sesuai buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan yang halal dan sedap!

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *