Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, jenama Restoran Nasi Padang tersohor di Lembah Kelang iaitu Padangs On Wheels bakal menyajikan pelbagai sajian enak sebagai juadah berbuka puasa untuk para pencinta Nasi Padang.
Dengan menampilkan buffet hebat bertema “Takana Jo Kampuang”, mereka akan menyediakan lebih 100 pilihan makanan untuk santapan para pengunjung.
Bermula dari 16 Mac sehingga 7 April 2024, dari jam 6 petang hingga 9 malam kesemua empat cawangan Padangs On Wheels di Damansara Utama, Seksyen 13, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Subang Bestari akan mempromosikan buffet ini dengan harga istimewa.
Ini termasuk harga tempahan ‘Early bird’ atau yang terawal iaitu hanya RM68 seorang untuk dewasa, RM58 untuk warga emas di atas 60 tahun serta RM38 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun.
Tempahan awal yang istimewa ini perlu dilakukan dari 26 Februari hingga 10 Mac.
Harga biasa dari 10 Mac hingga 7 April adalah RM88 untuk dewasa, RM68 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM48 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun.
Jadi tunggu apa lagi? Jom ke mana-mana cawangan Padangs On Wheels sempena bulan puasa ini. Tempah awal untuk memastikan tempat anda!