Bertempat di pusat membeli-belah The Curve, Damansara, Pesta Kopi Extended akan menghimpunkan 40 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk minuman kopi serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi cara tersendiri.

Antaranya adalah usahawan kopi dari Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka , Alor Setar dan Cameron Highland selain dari usahawan kopi dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Secara ringkasnya, Pesta Kopi Exteded ini terbahagi kepada 3 bahagian.

  1. Bahagian Usahawan Food Truck
  2. Bahagian usahawan Kopi Jalanan (Street Vendor)
  3. Bahagian pembekal peralatan dan bahan penyediaan kopi untuk pengunjung yang punya cita cita untuk  menjadi usahawan kopi.

Acara kali ini akan lebih menonjolkan ‘coffee culture’ kepada orang ramai . Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri pelbagai cara penyediaan kopi serta peralatan peralatan yang digunakan untuk penyediaan kopi yang  mampu dimiliki dan digunaan sendiri dirumah.

Antara aktiviti yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung adalah

  1. Demonstrasi dan tutorial cara-cara menghasilkan Seni Latte
  2. Tutorial pelbagai kaedah penyediaan kopi.
  3. Demonstrasi menggunakan alat-alat penyediaan kopi.
  4. Pertandingan Barista Terpantas.

Kesemua aktiviti tersebut dibuka untuk orang ramai menyertai dan mengalaminya sendiri. Selain dari aktiviti ini, terdapat juga Pertandingan Penyediakan Kopi Paling Kreatif serta Cabutan  Bertuah untuk pengunjung. Semua aktiviti ini akan diadakan di Pentas Utama.

Orang ramai yang berkunjung akan diajar untuk mengenali pelbagai jenis biji kopi, perbezaan sifat setiap jenis biji kopi ini dan cara-cara penyediaan kopi yang sesuai mengikut jenis biji kopi tersebut.

Ini objektif utama Pesta Kopi Extended, bukan sahaja untuk mempamerkan kopi sebagai trend gaya-hidup semasa, kami juga mahu memperlilhatkan seni penyediaan kopi artisan sebagai peluang perniagaan  yang menajdi pilhan ramai anak muda sekarang.

Selain dari The Curve, selaku Rakan Lokasi dan Mister Coffee sebagai Rakan Strategik Utama, Pesta Kopi Extended ini turut mendapat sokongan dan tajaan dari Rakan Strategik lain seperti DaVinci Gourmet, MN Coffee dan Rimba In Town dan Magnolia.

Pesta Kopi Extended merupakan acara terakhir untuk tahun 2022 anjuran TF Studio.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *