Tahun ini, Nespresso Professional’s Limited Edition Congo Organic kembali untuk masa yang terhad, membawakan detik-detik yang tidak dapat dilupakan oleh penggemar kopi yang menghargai secawan kopi bertekstur mewah, penuh dengan aromatik buah dan campuran unik bijirin dan kacang yang manis.
Program Nespresso Reviving Origins membantu para petani di kawasan Lake Kivu, memberikan mereka peluang untuk menghidupkan kembali sejarah kopi yang luar biasa.
Tambahan kepada asal usulnya, biji kopi ditanam di tanah gunung berapi yang kaya dengan air tadahan hujan yang bersempadan dengan Kawasan Sungai Kivu di Congo Timur.
Untuk meraikan kebangkitan semula kopi ini, Nespresso bekerjasama dengan M Resort & Hotel Kuala Lumpur untuk memperkenalkan barisan menu bertemakan ‘Congo Organic’ yang merangkumi semangat pemulihan dan kelestarian.
Quackling Delight (RM45 bersih)
Terokai rasa unggul Quackling Delight, sajian dada itik yang diperap dengan Nespresso Congo Organic yang dimasak rangup. Tekstur kopi organik yang elegan, menjadikan hidangan protein ini unik, mempunyai tekstur yang lembut, diungguli dengan bahan-bahan menarik seperti jeruk timun, kepingan rangup filo, puri labu, minyak basil dan dilengkapkan dengan sos campuran kopi untuk pengembaraan gastronomi yang menarik.
Ter-rib-fic (RM110 bersih)
Te-rib-fic, rasai kemewahan daging rusuk pendek yang lembut; dengan setiap gigitan yang membangkitkan segenap rasa nota aroma buah dan bunga eksklusif Nespresso Congo Organic. Ia dihidangkan dengan gorgonzola polenta yang masam dan berkrim, kangkung rangup, sayuran rebus and sos diinfusikopi.
Wooly Wonder (RM120 bersih)
Dengan Wooly Wonder, anda akan merasai campuran harmoni kopi macadamia kelapa bersama rak kambing yang dienakkan lagi dengan nota rasa unik bijirin panggang dan biskut Nespresso Congo Organic. Ia menambahkan lagi rasa berjus rak kambing. Menu ini dihidangkan dengan lobak kecil yang dimasak secara perlahan, bawang putih yang dilecek dan sos campuran kopi istimewa.
Congo Organic-infused Tai Tai Afternoon Tea Set (RM138 bersih)
Set Minum Petang Tai Tai diinfusi kopi boleh dijadikan alasan yang sempurna untuk berehat. Dari scone yang dihidangkan bersama dengan krim chantilly campuran kopi, sehingga ke man tao kukus disalutid itik konfit berasaskan Congo Organic dan hidangan-hidangan lazat yang lain, set minum petang ini dengan gandingan rasa manis dan lazat, dihidangkan khas untuk anda.
Tidak dinafikan, kesemua hidangan pastri yang ada, sesuai dikombinasikan dengan dua cawan kopi Nespresso Limited Edition Congo Organic.
Tiga hidangan Quackling Delight, Ter-rib-fic dan Wooly Wonder akan dihidangkan mulai 15 hingga 30 Jun 2023 dan set minum petang Tai Tai dengan kopi akan dihidangkan selama sebulan bermula 15 Jun 2023.
Penggemar kopi boleh menikmati menu bertemakan kopi di Hive Bar & Lounge dan Fairway Coffee House di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Tempahan boleh dilakukan di Fairway Coffee House (+603 7773 7690) dan Hive Bar & Lounge (+603 7773 1665).
Congo Organic Edisi Terhad Nespresso Professional kini boleh didapati di pasaran. Rakan niaga yang berminat boleh menghubungi Nespresso untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.nespresso.com/pro/my/en/. Talian Pelanggan bebas tol kami di 1800 80 6507 juga beroperasi setiap hari dari jam 08:00 hingga 22:00.