Lembah Klang memang terkenal dengan banyak tempat makan yang menawarkan sajian enak serta halal, namun terdapat beberapa konsep restoran yang lebih popular dari lain.

Antaranya adalah restoran berkonsep ‘hot pot’ yang memberi peluang tetamu merebus dan membakar sajian pilihan sendiri.

Salah satu restoran seperti ini yang semakin menjadi perhatian warga Lembah Klang adalah Zu Chuan Hot Pot. Restoran ini mempunyai lebih dari satu cawangan dan kami di Travellah berpeluang mencuba cawangan di The Curve, Damansara Petaling jaya.

Mempertaruhkan konsep ‘hot pot’ yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, ia bukan sahaja sesuai untuk makan tetapi juga strategik kerana terletak di kawasan pusat membeli-belah.

Senireka dalamannya yang kemas dan kontemporari menjadikannya sangat selesa untuk para pengunjung menjamu selera.

Soal hidangan pula memang tidak mengecewakan sama sekali berkat aneka pilihan yang ada.

Antara hidangan  pilihan tamu adalah ajnas daging yang boleh dibakar seperti kambing, daging lembu, ayam selain ikan dan pelbagai bebola makanan.

Di samping aneka rempah yang boleh dicuba terdapat juga daging yang diperam dengan pelbagai perencah lazat lain.

Malah pakej makanan juga termasuk macam-macam minuman dan pencuci mulut yang sama sekali tidak mengecawakan.

Ada juga mesin aiskrim jika ingin sesuatu yang berbeza.

Salah seorang wakil restoran Puan Lisa Lazim mengatakan bahawa ramai pengunjung sukakan makanan di situ kerana harganya yang bepatutan.

“Semua makanan di sini halal dan harga sangat berpatutan. Ramai yang datang dengan keluarga sewaktu masa lapang. Malah, kami akan membuka satu lagi cawangan baru di i–city Shah Alam pada 26 Ogos nanti,” ujar Puan Lisa.  

Dengan lokasi pusat pelancongan serta membeli-belah yang terletak di Damansara, wajarlah untuk beristirehat sejenak dan mencuba hidangan yang tersedia di sini.

Bukan sahaja harga makanannya berpatutan dan senireka dalmannya ada cerita tersendiri tetapi kualitinya yang enak dan lazat menjadikannya pilihan yang sesuai buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan yang halal dan sedap!

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah