Domino’s Pizza Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Pizza Golden Fiesta serba baharu, satu gabungan berani rasa masam, manis dan savori yang diinspirasikan daripada populariti nanas di atas pizza.

Dilancarkan sempena musim Ramadan–Raya, Pizza Golden Fiesta membawakan ledakan rasa tropika ke meja hidangan, menceriakan lagi suasana perayaan.

Setiap Pizza Golden Fiesta dihiasi dengan ketulan nanas karamel pada bahagian kerak, memberikan sentuhan manis pada setiap gigitan. Pizza ini disalut dengan sos makanan laut gaya pulau, kemudian dilengkapkan dengan renjisan sos barbeku nanas yang sedikit masam, menghasilkan keseimbangan rasa manis, savori dan berasap ringan yang memikat selera.

Pizza Golden Fiesta ditawarkan dalam tiga variasi yang menampilkan kombinasi rasa menarik untuk semua. Golden Fiesta Ayam Panggang Arang (Classics) menampilkan ayam panggang berjus dengan aroma berasap, sesuai untuk penggemar rasa savori.

Golden Fiesta Tuna (All Time Favorite) pula mengetengahkan isi tuna yang padat dan memuaskan. Bagi pilihan yang lebih mewah, Golden Fiesta Udang (First Class) dihiasi dengan udang segar yang memberikan sentuhan makanan laut yang lazat.

Bagi mereka yang menggemari kerak klasik Domino’s Hand-Tossed, rangkaian Fiesta Pizza turut tersedia dengan pilihan kerak tersebut untuk pengalaman rasa yang lebih mengenyangkan dan selesa.

Sama ada anda memilih sentuhan tropika Golden Fiesta atau kekal dengan kerak klasik kegemaran, pasti ada pilihan untuk setiap selera.

Sebagai pelengkap kepada Pizza Golden Fiesta, Domino’s turut memperkenalkan Tart Keju Strawberi edisi terhad. Setiap kotak mengandungi dua tart mentega yang diisi dengan krim keju Hokkaido manis dan keju mozzarella cair, dihiasi dengan sos strawberi, ketulan strawberi sebenar dan lapisan aising.

Kaya, berkrim dan penuh kemanisan, Tart Keju Strawberi ini merupakan pencuci mulut sempurna untuk melengkapkan hidangan perayaan dan ditawarkan pada harga RM12.90.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja,Ringo Joannes, berkata, “Dengan Golden Fiesta, kami mentafsir semula rasa nanas tropika yang berani dengan mengetengahkan elemen tersebut pada kerak dan sos barbeku, menghasilkan gabungan rasa manis dan savori yang menyerlah dalam setiap gigitan.”

“Ini adalah pendekatan baharu kami terhadap hidangan indulgent, memberikan lebih banyak cara untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul serta menikmati makanan enak, sama ada ketika musim perayaan atau saat-saat istimewa yang lain.”

Pizza Golden Fiesta dan Tart Keju Strawberi kini boleh didapati mulai 10 Mac 2026 untuk tempoh terhad. Ia merupakan pilihan sempurna untuk menjadikan setiap hidangan perayaan lebih istimewa dan memuaskan.

Pelanggan boleh membuat pesanan untuk makan di kedai, penghantaran atau ambil sendiri melalui aplikasi Domino’s MY atau laman web www.dominos.com.my.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah