Sempena bulan Ramadan, seluruh umat Islam berkumpul untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Cef-cef di Concorde Hotel Shah Alam juga mempamerkan masakan tradisional Melayu yang menarik dari 2 – 30 Mac 2025. Nikmati sajian pada bulan Ramadan ini di Melting Pot Café untuk berbuka puasa dengan tema IFTAR Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’. Sebanyak 4 jenis menu berbeza disediakan berselang hari dengan pelbagai hidangan minuman untuk anda semasa Iftar.






Felix Yeo, Pengurus Besar berkongsi bahawa semua tetamu-tetamu boleh menikmati pelbagai masakan yang lazat sepanjang Ramadan seperti Kerabu Pucuk Paku, Lemang, Ketupat, 3 jenis Bubur Lambuk, Ketam Masak Cili, Ayam Kari Utara Berkerisik, Ikan Goreng Keli Berlada, Kambing Panggang Berempah Bawang Putih, Sup Tulang dan banyak lagi. Tidak ketinggalan bagi penggemar pemanis mulut akan dapat mengakhiri sajian mereka dengan minuman pilihan seperti Air Bandung, Air Kembang Semangkuk, Air Sirap Pandan Selasih dan salah satu Concorde Hotel Shah Alam istimewa Teh Tarik.
“Tetamu akan dapat menikmati juadah kami yang merangkumi lebih dari 100 jenis lauk-pauk” kata Cef Eksekutif Alham Ahmad Daldiri.



IFTAR CITARASA NENDA ‘HARUM SEMERBAK, SETULUS KASIH’ berharga
RM 145 bersih setiap dewasa, RM 115 bersih setiap warga emas dan RM 75 bersih setiap kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun.
Sepanjang bulan Ramadan, tetamu boleh berehat dan bersantai dengan selesa di Concorde Hotel Shah Alam dengan kadar bilik istimewa bermula dari RM 165 bersih setiap bilik setiap malam (Bilik Sahaja) dan pilihan dengan sarapan bufet/sahur bufet dari RM 220 bersih setiap bilik setiap malam.